Ads 468x60px

Gangguan Jin asyik 2

Hari ini, pesakit yang kena gangguan jin asyik datang ker RIDAM buat kali ke kedua.

Sebelum pasangan tersebut sampai, saya perkemaskan diri dengan membuat air jampi yang dibaca 33 kali Ayatul qursi.Ilham ini sampai setelah saya mohon dgn Allah agar dpt membantu pasangan tersebut.

Pukul 3:30 ptg, pasangan tersebut sampai.

Sebelum merawat, saya mulakan dengan beberapa pertanyaan.Kata pesakit, dia semakin sakit setelah rawatan yang lalu & kerap bermimpi ular yang banyak.Confirm, gangguan itu pasti marah kerana saya menyuruhnya menyapu Atar kasturi diseluruh hujung jari & rongga badan sebelum tidur.Jin memang tak suka bauan kasturi.Mungkin kerana ini dia semakin hyper aktif.

Saya mulakan sesi rawatan dengan memberinya minum air yang dibaca dgn ayatul qursi tadi.Kemudian saya spray dengan air yang sama pada kedua tapak kaki, tapak tangan & muka pesakit.Tiada kesan.

saya lanjutkan pula dengan membaca rukyah (tangan saya letakkan dibelakang badan).Terasa sedikit kebas ketika sesi rukyah dibaca dan pesakit menangis.Setelah itu, saya nampak pandangan bayang merah keluar melalui jari kaki pesakit.Saya picit jarinya sepertimana rawatan yang lalu & alhamdulillah, dia tiada rasa apa-apa.

Saya bekalkan lagi air rukyah untuk dibuat minum & mengajarnya sebuah zikir yang perlu diamal slps subuh.

Saya doakan pesakit tersebut sembuh dari penyakitnya dan beroleh kekuatan dalam menempuh kehidupan rumahtangga mereka.Amin
 
Blogger Templates