Ads 468x60px

Gangguan jin asyik

Sambungan penyakit misteri berikutnya.

Rawatan diteruskan pada pasangan suami isteri yang sudah datang sejak jam 5.00 ptg tadi.Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 ptg.Saya dpt rasakan proses rawatan untuk pasangan ini tidak dpt diselesaikan krn masa yg tidak mengizinkan.Sedia maklum, saya tidak merawat pada waktu maghrib.

Seperti pesakit sebelumnya, saya memberi air rukyah terlebih dahulu.saya mulakan dgn suaminya.Nampaknya, tiada sebarang gangguan, tp laluan atau 'sign' si suami pernah diganggu ada.Saya menyuruhnya untuk membuat mandian di limau di rumahnya.

Si isteri pula seakan-akan mendengar suara menangis dalam telinganya bila dirukyah.Tangannya turut menggeletar & dia seakan-akan ingin tumbang.Seperti pesakit misteri td, tiada kesan 'agresif' yang ditunjukkan.

saya cuba pula dgn kaedah sapuan atar kasturi di jari kakinya.Nampaknya, jari tengah nya kesakitan.Terus, perutnya kepanasan.Meraung jugak la dia sambil disabarkan oleh si suami.Jam sudah hampir pukul 7.00 mlm.Saya hentikankan dulu rawatan kerana masa dan faktor si isteri yang sedang hamil.Untuk jin degil,saya biasanya akan memukul tapak kaki pesakit.Tapi kerana faktor kesihatan pada si isteri, saya suruh dia buat rawatan asas dahulu di rumah.Saya doakan pesakit tersebut agar badannya lebih kuat untuk proses rawatan dihari berikutnya nanti.

Setelah pesakit berlalu, 'handphone' saya berbunyi.Nampaknya saya kena ke Kemasik malam ini.Pesakit tersebut pernah pulih setelah dirawat di RIDAM satu ketika dulu dgn izin Allah.Malangnya, anaknya menyatakan ibunya kembali sakit kepala yang amat sgt sejak 3 hari lepas.Kerana tiada temujanji mlm ini, saya bersetuju untuk kesana.

Pohon moga Allah membantu sgt utk rawatan mlm ini.
 
Blogger Templates