Ads 468x60px

Ilmu 'confuse'

Lewat malam semalam, saya dihubungi 2 orang sahabat lama yang ingin bertandang ke rumah.Pada ketika itu,saya dalam perjalanan dari taman funfair untuk pulang ke rumah.Dah lama tak bawa anak isteri jalan-jalan.Kebetulan tiada pesakit mlm tu, adalah peluang saya nak beramah mesra sket.

Dipendekkan cerita, sahabat lama saya tu datang ke rumah.Kami bersembang tentang macam-macam perkara.Sedari awal, salah seorang sahabat(saya namakan S)macam ingin bertanyakan sesuatu.Saya membuka isyarat untuk dia tanyakan apa yang berserabut dalam pemikirannya tu.

Kata S, dahulu dia pernah belajar agama termasuklah belajar berubat.Tapi dia tengok kaedah yang digunakan banyak keraguannya.Dengan mengikut kawan untuk bertemu seorang guru muda di daerah Pahang, banyak kemusykilan yang terpalit dalam benaknya.Saya tanyakan, apa yang dipelajarinya.

Katanya dia hanya diajar Selawat Nabi, zikir 'Allah',pelbagai jurus dan kaedah senaman untuk memantapkan diri serta kebatinan.Dia tanya salah ke tidak?

Kalau tengok pada apa yang S beritahu memanglah tiada salahnya.Selawat & selalu menyebut 'Allah' kan sangat bagus amalannya untuk kita dekatkan diri pada Allah dan mengingati rasul junjungan Muhammad S.A.W.

Dia semakin bingung bila saya jawab begitu.Katanya lagi, dia tak pernah tengok sahabatnya (kononnya hebat dlm perubatan) solat fardhu atau jumaat.S juga mengatakan yang sahabatnya itu diajar bahawa tak perlu solat jemaah, tak perlu tunaikan haji dan pernah mengaku jadi Imam Mahadi.Gurunya pulak dah capai taraf wali dan pernah menang berlawan secara batin dengan Syeikh Qadir Al-Jalani.

Erm....selepas mendengar penerangan ke-dua ni, saya tarik nafas panjang-panjang dan minta dgn Allah semoga diberi kekuatan dalam menjawab persoalan tersebut.Maka saya nyatakan hukum serta dalil untuk menjawab persoalan tersebut.

1- Dalil tentang Solat Jemaah

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

2- Dalil tentang Solat Jumaat

hadith yang bermaksud : “ Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali dengan sengaja maka kufurlah ia. “

3- Dalil menunaikan fardhu haji

a.salah satu rukun Islam
b.wajib haji itu termasuk juga umrah seperti firman Allah Subhanahu wata'ala :

Tafsirnya : "Dan sempurnakan ibadat haji dan `umrah kerana Allah."
(Surah al-Baqarah : 196)
FirmanNya lagi :

Tafsirnya : "Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dan mengunjungi
Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya."
(Surah Ali-Imran : 97)

4- Penerangan Imam Mahadi

Dari hadis & beberapa pendapat ulamak muktabar menyatakan bahawa Imam Mahadi akan lahir dari bangsa Bani Tamim iaitu suku kaum yang amat kecil jumlahnya (susur galur keturunan Saidina Ali)disempadan antara Jordan dan palestin.

Yang mengaku ni Imam Mahadi Melayu.. :D

5-Dah jadi Wali
Bab ni tak adalah la dalilnya.Tapi apa yang saya faham, wali ni kan dipilih oleh Allah.Bukan beramal untuk jadi wali..Konsep tu kena faham.


Setelah saya jawab mengikut kemampuan yang ada, S mengatakan yang dadanya berdebar-debar bila merenung saya.Hati & fikirannya pun jadi tak selesa.Tak semena-mena saya pun rasa mcm ada aura negatif dari dirinya.Saya offer dia untuk dirukyah dgn Al-quran dan dia setuju.

Bila dibaca rukyah, jelas ada gangguan.Saya pusatkan fikiran dgn niat untuk membuang segala yang menumpang ditubuhnya krn Allah.Ketika saya 'tarik' dari ubun kepala,terasa ada sesuatu keluar menyentap kepalanya.Syukur, proses perubatan selesai.

S menyatakan yang dia terasa ada 'sesuatu' keluar dr tubuhnya.Saya bekalkan air rukyah untuk dibuat minum & mandi selama 3 hari.

Semoga S lebih berhati-hati bila nak menuntut lain kali.Jgn terus beramal tanpa merujuk orang yang lebih berilmu.Wassalam
 
Blogger Templates