Ads 468x60px

Jin beruk & jin ular

Setelah pesakit sekeluarga tadi pulang, ada lagi pesakit yang dtg.Anak perempuannya yang berumur 20an sakit sejak zaman sekolah lagi.Dia selalu nampak kelibat makhluk berbulu dalam rumahnya & mimpi beruk (2 ekor) serta ular penuh 1 guni.Maknya juga pernah ditindih semalam.

Saya gunakan kaedah rukyah yang lazim sy buat dan pada ketika itu,pesakit kekejangan.dia juga terasa hendak muntah.Saya kemudiannya memicit setiap hujung jari kakinya.Berdasarkan kesakitan yang dialami pada belakang badan pesakit, sy andaikan jin 'stay' kat kawasan tu.saya picit saraf anggota tersebut pada hujung jari kakinya.apalagi..meraung separuh mati la jadinya.suruh tunjuk diri tetap degil.Lama kelamaan, kesakitannya berkurang.

Setelah sy bacakan lagi ayat rukyah padanya, alhamdulillah, tiada gangguan pada tandanya.Pesakit keletihan dan saya berikan dia air rukyah. Saya ajarkan terapi tahseem padanya.masyaallah...boleh dikatakan fikirannya kosong pada ketika itu.Apatah lagi nak baca quran.saya bawakan surah padanya dan minta ibunya ajarkan.

Pesakit semakin pulih & saya suruh dia mandi air limau serta minum air rukyah setiap hari.Saya juga berikkannya zikir 'melawan ular' untuk diamal sebelum tidur.

Harap-harap dia sembuh dan diberkati Allah.
 
Blogger Templates