Ads 468x60px

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan. Syukran Jazilan.

Jin budak

Saya ditelefon seorang rakan yang berada di Cherating.Dia membuka kedai menjual buah-buahan.Sudah berbulan dia berniaga, keuntungan masih tak nampak di mata.Rumah pulak asyik diganggu kelibat.Kawan saya ni jugak driver lori.Dah dkt 3 minggu, mcm2 musibah yang berkaitan dgn lori nya tu.

Pendek cerita, saya ke rumahnya semalam bersama 3 orang rakan.Saya minta sedikit garam kasar dan lada hitam.Dua bahan ini saya gaul sebati.Kemudian saya bacakan ayat rukyah pemagar padanya.

Sesudah itu, saya bertafakur sebentar.Saya kuatkan zikir surah Al-An'am:103 minta Allah tunjukkan.Live on the spot.....! Saya dpt berdialog dgn 2 ekor jin budak berdekatan lori kawan saya tu.Sesi soal jawab bermula:-

Sy: Hah...kau ni sapa?Nak cabar aku ker?

Jin: Kami tak salah.Bapak kami yang suruh kami dtg sini.

Sy: Baik kau balik sebelum aku bakar kau dgn ayat Allah.Ni bukan tempat kau.

* Pada ketika itu, saya halakan sebatang kayu yg sudah saya bacakan ayat azab padanya.Saya ikhtikad kan yang batang kayu itu adalah besi yang berapi & panas.

Jin-jin itu kemudiannya menangis ketakutan.Saya teruskan dengan amaran sebanyak 3 kali.

Sy: Siapa yang hantar korang dtg sini?Sapa nama bapak kau tu?

Jin: Bapak aku nama B..t.i. L..bi.(nama kena rahsia la).Orang a.l.. m.u..za...

Sy: Sekarang kau balik.Dah letih nak bagi amaran ni.

Jin: Kat sini seronok..Ramai kawan.Jin 2 beradik tu tunjuk ke arah kanan saya.

*Saya nampak beberapa lagi kelibat seperti monyet yang bermata merah.

Sy: Tu kawan kau yang mana?

Jin: Dia orang sini la.Dah lama dok sini.Umur dia pun dah 900 tahun.

Sy: Erm...takper.Itu aku uruskan kan kemudian.Kau balik sekarang! Nak aku hantar atau kau boleh balik sendiri?

Jin: Kami boleh balik sendiri.

* Lantas dgn itu, saya lihat 2 ekor jin itu beredar.

Saya pagar lorinya dgn bahan yang saya bacakan ayat pemagar tadi.Kemudian saya ajarkan sahabat saya kaedah memagar dalam rumah selama 3 hari.

Dah kawan saya tu jual buah.Dapat la beberapa biji seorang nanas.Apa pun, saya doakan semoga sahabat saya tu dimurahkan rezeki dan tiada gangguan lagi.
 
Blogger Templates