Ads 468x60px

Jin Nombor Ekor

Assalamualaikum..

Rasanya dah dekat seminggu saya tak menulis dalam blog ni.Siang hari saya kena jaga tapak projek yang jaraknya 46km dari rumah.Malamnya saya membantu mereka yang memerlukan.Sesudah pesakit pulang, saya harus siapkan report kerja yang dilakukan sepanjang hari.

2 hari lepas, seorang cina (saya panggil uncle jer) datang untuk mengurut 3 bahagian abdomennya yang sakit iaitu belakang tengkuk, lengan kanan dan tangan kiri.

setelah saya urut tangan kirinya, terasa ada getaran elektrik mengalir ke tangan saya.Saya cuba untuk kali ke-2.Hasilnya tetap saya.Uncle tu pun tanya saya.

uncle: Kenapa lu punyak tangan lali-lali(menjauhi) dari saya punya tangan.

saya: Uncle ni ada hantu ooooo..Tangan saya habis kebas.

uncle: Ayyo...betul ka.Mata saya pun jadi berat.Rasa macam mau ngantuk.

*uncle tu memejam mata beberapa kali

uncle: Saya nampak bayang lelaki melayu oooo...Itu pakai songkok punya.Baju hitam.Itu hantu ka?

saya: Saya talak tau la uncle.Mungkin kot.

*saya memejam mata dan meletakkan tangan saya dikepalanya.Saya ulangi ayat Al-an'am:103 beberapa kali dan nampak gambaran seperti mana yang uncle tersebut katakan tadi.Sebetulnya, saya tidak mahu meneruskan sesi rawatan untuk uncle tersebut pada malam itu kerana sudah berjanji dgn sekeluarga pesakit yang menunggu di ruang tamu.nampak mcm boleh tahan gak 'benda' dlm badan nya ni.

Uncle: Mau tanya ar.Itu hantu baik ker jahat?

Saya: Kenapa?Semua hantu jahat la uncle. (kata saya sambil ketawa)

Uncle: You jgn cakap mcm itu.Ada hantu baik oooo...kalau baik dia boleh kasi nombor.boleh kaya ooooo...

saya: Dah tu, uncle nak buang ker tidak?

uncle: erm....mcm ni.Saya pulang dulu.Kalau mimpi hantu tu kasi nombor, saya tak nak buang.Tapi kalau kacau saya, saya dtg lagi minggu depan.Okey?

saya: Ikut suka uncle la.Yang penting uncle tak sakit.Saya hanya membantu.Itu belakang, lengan dan tangan ada sakit lagi?

Uncle: sudah okey maaa..Tapi tangan ada sakit lagi.Tapi sudah kulang...Kila okey la.Nanti saya dtg lagi.

Saya berikan uncle tu beberapa ramuan herba untuk penyakit sendi.Pasal dia nak berubat atau tak, itu terpulang.Saya anggapkan yang kaedah perubatan Islam yang menggunakan Al-Quran adalah salah satu cabang dakwah untuk menunjukkan Islam itu indah dan syumul serta boleh membantu semua umat manusia samada Islam ataupun tidak.

Wallahu'alam
 
Blogger Templates