Ads 468x60px

Jin pun cuti

Semalam, sy dijemput seorang pesakit ke rumahnya.Bersama 3 orang rakan, kami sampai dalam pukul 9:40 mlm.

Isteri pesakit menceritakan yang dia melihat lembaga hitam dlm bilik air & itu merupakan pengalamannya yang kedua.Jirannya juga melihat kelibat lelaki mundar mandir dibelakang rumah pesakit bawah pokok mangga.

Sy hanya meneka mungkin ianya adalah gangguan sihir dr org yang sama (sy telah merawatnya dahulu).Tp sy tidak jamin 100%...takut nanti ilham tu bukan dr Allah, tp dari syaitan yang suka menfitnah manusia.

Saya pohon untuk solat hajat di rumah pesakit.Setelah itu, sy pohon pada Allah minta keselamatan seisi rumah dan diri semasa proses rawatan.Sebelum memulakan sesi rawatan, sy 'pagar' anak si pesakit krn dia ni jenis lemah semangat sikit.Bukan apa, hanya bermohon pd Allah supaya tiada masalah lain timbul.Nak diubat rumahnya...tp org pulak yang sakit.Kan pening jadinya nanti..

Seperti biasa, saya mulakan sesi rawatan dgn Al-Fatihah.Di tambah lagi dgn ayat-ayat quran yang lain.Kemudian sy berzikir dgn ayat dalam surah Yasin:82 sebanyak 33 kali.Sy pohon & doa pada Allah agar dihadirkan makhluk tersebut supaya tahu sifat & asal-usulnya.

Tatkala itu, saya mendengar salam dari arah depan.Seperti petua yang saya pelajari dari seorang muallij, jgn terus jawab salam tanpa kenal asal-usul pemberi salam.Antara tanda yang perlu dilihat dlm menjawab salam (semasa proses rawatan) adalah:

1- Arah salam (biasanya kalau dari arah dpn atau kanan - jenis baik skit)
2- Ayat salam (confirmkan yang bacaan salam tu betul...bukan jenis "akum".."asa makum" atau seumpamanya- jgn terus jawab kalau tak jelas salamnya)
3- Ulangan salam (tunggu sampai 3 kali atau lebih)

Ulasan guru saya, syaitan tidak akan mendoakan kesejahteraan umat islam.Kalau tidak, dia sudah melanggar janji dgn Allah untuk menyesatkan manusia.

Setelah yakin dgn tanda salam positive, maka saya jawab salam tersebut.Pandangan batin masih samar tapi suaranya dapat saya dgr dgn jelas.Maka saya berdialog la dgn nya:-

Sy: Siapa kamu?Nama kamu?Apa tujuan kamu?

Jin: Nama aku Manja.Aku hanya dtg tlg kawan aku.Aku hanya tengok & jaga rumah ni jer.Bukan kacau orang pun.

sy: Siapa kawan kamu?

Jin: Knp kamu nak tahu?Adalah.....

Saya dengar dia ketawa

Sy: Nak beritau atau tak? Kalau tak aku pukul dgn tongkat ni.

(Sy sudah standby dgn tongkat rotan yang dibaca dgn ayat nabi Musa.Saya iktikadkan tongkat itu berapi & panas dgn izin Allah)

Jin: Tolong jgn pukul aku.Baik...tuan aku adalah t.u. r..ah(nama kena rahsia okey ) ni.Dia lah yg hantar aku.

Sy: Apa agama kamu?

Jin: Aku Islam la.Sama mcm kau.

* Sy tak terus percaya.Sy test dgn menyuruhnya membaca Syahadah dan dia membacanya dgn fasih.

sy: Kalau kamu ni Islam, knp buat mcm ni.Islam tak ajar ganggu orang.

Jin: Aku dah berjanji dgn nya yang aku akan tolong dia.Salah ker kalau nak tolong kawan?

Sy: Tolong tu tak salah.Tapi kau buat orang rumah ni takut & tak selesa.Itu kan zalim jugak namanya.Mcm ni la, aku bagi kau pilihan.Dgn nama Allah, kau nak aku halau dgn kasar atau dgn cara baik.Kalau baik caranya, aku lepaskan kau dan kau harus berjanji dgn nama Allah tak akan dtg sini lagi.Kalau kasar, aku pukul kau dgn tongkat ni dgn 'bi iz nillah'.Kau nak yg mana?

Jin: Baiklah.Aku pilih cara baik.Dgn nama Allah, aku tidak akan ke sini lagi.

Sy: Nanti..ada berapa ekor lagi yang selalu dtg sini?

Jin: Ada dua lagi, tapi yang tu cuti hari ni.

*Adus...jin pun boleh cuti..

Sy: Pesan pada mereka spt mana aku beritau kamu.Boleh?

Jin: Baiklah, aku akan beritau mereka.Aku keluar dulu.Assalamualaikum.

Sy: Waalaikummussalam.

Selepas itu, saya pagari rumahnya dgn garam & lada hitam yang dibaca ayat 'pemagar'.

Alhamdullillah, rasa perasaan seram & takut dlm rumah itu sudah tiada lagi.Sy pesan pada keluarga pesakit supaya membanyakkan amal.Jgn masa nak berubat saja baru ingat Allah.Lepas tu lesap...

Setakat itu yg sy mampu lakukan dgn keizinan Allah.Yang baik & hebat itu semuanya dtg dr Allah.Wallahu'alam
 
Blogger Templates