Ads 468x60px

Jin Tua Menumpang

Keluarga pesakit tiba di RIDAM pukul 8:45 mlm.Kemudian, kami terus ke kemasik.Dalam perjalanan, saya diserang sakit kepala yang berdenyut-denyut di sebelah kanan & sakit perut secara tiba.Saya dpt rasakan yang rawatan kali ini byk cabarannya.Saya bertawakkal pada Allah dan berzikir dgn surah al-ikhlas sebanyak-banyaknya.

Tiba di rumah pesakit,serangan yg saya alami semakin hebat.Sblm masuk ke rumah, saya minta izin dgn pesakit untuk menngelilingi rumahnya krn 'instinct' di fikiran sy mengatakan yg ada 'sesuatu' dibelakang rumahnya.Tepat tekaan saya, sy nmpk secara samar seorang tua yang bongkok tetapi hanya sekilas pandangan.Pd ketika itu,sy teringat ceramah Ustaz Dr. Majid dari Akademi Rawatan Islam Darul Ehsan (AKRINE).Jika jin menunjukkan dirinya,bermakna dia lemah.Ini petanda baik.

Saya tanya lagi pd keluarga pesakit kalau2 ada pokok ciku di belakang rumahnya.Sekali lagi tepat tekaan saya.Rupanya tempat saya lihat 'kelibat' tersebut adalah di bawah pokok ciku.

Kemudiannya, saya memulakan rawatan dgn membaca doa rukyah pada pesakit.Selepas 5 minit saya membaca rukyah, pesakit memarahi saya kerana membaca terlalu lama & dia rasakan terlalu panas.Tudung yang dipakai dibuangnya.Sedari itu saya pasti yang pesakit telah kerasukan.

Jin yg ada dlm bdnnya memang degil.saya cuba pulak teknik bakar bakar batu-bata yang juga diajar Ustaz Majid tetapi tetap tiada kesan.Mungkin kerana teknik & syarat tidak saya penuhi.yang diajar Ustaz Majid haruslah menggunakan batu-bata yg baru.Tapi mlm2 ni,mana nak cari?Yang berlumut tu jugakla saya guna.Hampir putus asa jugak sy dibuatnya.

Saya bertafakur seketika..Ilham yg sama seperti saya merawat pesakit ptg tadi saya gunakan.Setiap jari pesakit saya sapukan dgn Atar Kasturi.Awalnya jari manis kaki kanan terasa sakit bila dipicit.tapi,kemudiannya beralih tempat ke ibu jari kiri.Saya niat dgn Allah untuk mengunci laluannya supaya jin dlm bdn itu tak lari.Senang skit kejer.

Saya picit & akhirnya berdialoglah jin dlm bdn tu dgn saya.

Saya: Siapa nama kamu?

*Pesakit masih meraung.Siap 'offer' nak tendang saya lagi.Saya teruskan picitan dgn doa Nabi Sulaiman.Akhirnya dia menjawab juga.

Pesakit: aku dah lupa.Dah tua sgt aku ni

Saya: Saya bkn nak bermusuh atau berkawan dgn mu.Tapi krn Allah,sila jwb soalan aku dgn jujur.

Pesakit: Betul.Dah lama aku dok sini.Sblm diorang buat rumah lagi.Aku dah lupa

Saya: apa agama kamu?

Pesakit: Aku dah lupa.Sakitla oiiiii..Kau picit kuat sgt.

*Saya tersenyum kerana saya hanya meletak jari shj pada ketika ini.Tak picit pun.

Saya: Kalau kamu tak ada agama, kamu sembahyang tak?

Pesakit: Mestilah sembahyang..

*Pada ketika itu,saya andaikan dia jin islam yang nyanyuk krn setiap kali dia sakit, dia menyebut nama Allah dan Muhammad.

Saya: Tahu shahadah tak?kalau tau,baca!!

Pesakit: Tahu....

*Tapi yang lawaknya,dibaca TAkBIR pula.Saya suruh ulang.Tapi dibaca tahmid pulak.Ni sah jenis jin kelentong ni.Saya picit lagi kuat dan dia menjerit.Dia merayu untuk dilepaskan dan bersumpah krn Allah untuk keluar tanpa masuk selama-lamanya.Tapi dia tak pandai keluar.

Pada ketika itu,saya menolongnya dgn tarik dari kaki kanan.Mulanya niat saya untuk hantar ke Serambi Mekah.Tapi bayangan Serambi Mekah pulak tak muncul..Dalam hati saya datang syak kot-kot dia bkn jin Islam.Saya niat nak hantar ker BERMUDA TRIANGLE..Pun bayangan tak sampai.Adus... mcm mana la ni

Yang ada pada ketika itu hanyalah bayangan bukit disebuah pantai peranginan yang tidak dijejak orang.(tak perlu saya nyatakan..Nanti tak ada orang pergi pulak pantai tu).Alhamdulillah, dia dpt keluar dan pergi ke tempat yang saya arahkan.

Rawatan untuk pesakit selesai, tetapi saya dpt rasakan energi negatif dari rumah itu.Begitu kuat hingga pening kepala saya.Rupanya ada pedang lama yang pernah digunakan untuk memancung kepala komunis.Kira pedang pusaka la..

Saya minta pedang itu untuk ditawarkan sekiranya ada 'benda' yang menumpang.Alhamdulillah, walaupun tak nampak, saya bacakan beberapa doa penangkal sihir dan sakit kepala hilang serta-merta.Menariknya, sewaktu membaca doa tawarkan bisa pada pedang tu, jin yang keluar pada pesakit itu hadir dlm minda saya.

Saya nampak dia menangis dan mengadu 'boring' ditempat baru.Saya sabarkan dia dan mengingat kembali janjinya.Dia akur dan berjanji akan terus tinggal di situ.

Selesai rawatan, saya terus dihantar pulang.Semoga Allah memberkati keluarga pesakit tersebut.Amin
 
Blogger Templates