Ads 468x60px

Kedai Disihir

Petang semalam, saya didatangi pasangan suami isteri serta kakaknya di RIDAM.Tujuannya untuk saya tengok2 kan kedainya kalau ada apa-apa.
Saya kata saya tak pandai menilik.

Pasangan suami isteri tu tak putus asa.Ditunjukkan gambar serta lokasi premis tempat mereka berniaga.Masyaallah, serta merta bulu roma saya meremang bila melihatnya.Lantas, saya bacakan surah Al-an’am:103 sebanyaknya serta memusatkan seluruh konsentrasi pada lokasi tersebut.

Pada ketika itu, saya dapat melihat seorang lelaki yang jalan menghendap pada waktu malam.Lelaki itu menaburkan pasir merah (saya andaikan pasir kubur) dihadapan kedainya.Dipenjuru tiang sebelah kanan depan kedai itu pula di calit sesuatu.Begitu juga dengan tiang disebelah kiri.Pada ketika itu, saya terbau bau yang sungguh hanyir.Firasat saya menyatakan yang ianya adalah minyak dagu.Tapi yang pasti bukan dari minyak dagu orang mati.Tapi dari beruk yang disembelih.Ini kerana, saya kemudiannya dapat melihat seekor beruk mundar mandir di hadapan kedai tersebut.

Seakan mendengar perintah, beruk itu mengangguk-angguk dihadapan lelaki tersebut.Lelaki itu tersenyum dan mulutnya berkumat-kumit membaca sesuatu.Kemudian dia berlalu pergi.

*Masih ingat tatkala dulu saya bersembang dengan seorang sami thai di kuala lumpur yang mundar-mandir mengutip sedekah tabung untuk pembinaan kuil di Bangkok.Kata sami tersebut, minyak dagu ni dah banyak gred.Yang origionalnya dari orang yang mati dibunuhla.biasanya RM2000 lebih..Mahal tu….! Yang gred kedua pulak dari sembelihan beruk,monyet atau mawas.Ikut jenis dan warna la.Itu biasanya Rm1000 lebih la.Yang paling murah pulak dari jenis anjing hitam.Itu dalam RM500 la.

Kata sami tu lagi, banyak jugak orang melayu kita ni beli.Yang biasa beli jenis anjing hitam dan beruk la..Yang minyak dari orang mati dibunuh ni payah nak cari.Lagipun mahal..Tak mampu.

Berbalik pada kes pasangan peniaga ni, saya membacakan ayat qursi dengan niat membasmi sihir tersebut secara batin.Kemudian, saya bacakan beberapa ayat pemagar pada garam untuk di tabur pada sekeliling premisnya.Saya juga bekalkan air rukyah untuk dibuat basuhan pada tempat yang saya lihat terdapat calitan barang sihir tadi.

Sebelum selesai, saya bekalkan sedikit nasihat untuk diri dan pasangan tersebut agar banyakkan zikir, solat dhuha dan membaca al-quran.Semoga Allah membantu pasangan tersebut dan dikurniakan rezeki serta keberkatan pada mereka.Amin
 
Blogger Templates