Ads 468x60px

Penyakit Misteri - Pedih2 & Kegatalan

Hari ini,saya bercadang untuk tidak membuat sebarang temujanji kerana mempunyai 'date' dengan pihak TNB kuantan bagi projek lebuhraya jabor di Cheneh, Kemaman.Namun, 'date' yang dijanjikan dibatalkan pada saat akhir & ditunda pada pagi keesokkannya.

Bila dah ada masa terluang, kesempatan ini saya gunakan untuk bersama keluarga bersiar-siar di pekan chukai.Timbul pulak niat nak beli Atar Kasturi.

Mahal jugak la harganya.Botol kecil dah Rm20.00.Botol besar pulak Rm25.00.Alang2 nak beli,baik yang besar terus..Besar juga kegunaannya nanti.

Pukul 3.00 ptg, saya dihubungi seorang pesakit wanita.Dia sudah dirawat seminggu yang lepas & alhamdulillah, katanya ada berkurangan.Penyakitnya tak dpt di 'scan' secara klinikal.Kata doktor, semuanya normal.Dia mengadu senak nafas, kegatalan pada paha kanan yang bergerak-gerak dan ada juga rasa pedih2 pada belakang badannya.

Pukul 4.15, rawatan dimulakan setelah susah payah dia datang ke RIDAM dgn seorang kawan wanita.Saya mulakan dengan memberinya segelas air rukyah.Katanya, gatal dibadan serta merta hilang.Kemudian, saya 'spray' dengan air rukyah dan sengal2 dibdannya juga berkurangan.Saya teruskan dengan membaca rukyah terus padanya.Pada ketika sesi pembacaan, dia terasa terawang-awangan.Tapi, jin dibadannya tetap tidak menunjukkan diri.Saya juga gunakan teknik tarik dengan kain pada si pesakit.Namun, tetap tiada tanda jin tersebut ingin menunjukkan dirinya.

Pening jugak dibuatnya.Saya mengambil nafas seketika dan berdoa pada Allah agar diberi ilham.Setelah rasa yakin untuk meneruskan rawatan, saya diberi ilham untuk meletakkan Atar Kasturi di setiap hujung jari kakinya.Saya tanyakan padanya samada ada rasa sesuatu tak pada setiap hujung jarinya.

Pesakit menyatakan, hujung jari tengah kaki kanan terasa sedikit panas.Saya terus memicit jari tersebut dengan disertakan doa sulaiman.Meraung la si pesakit tu hingga menangis dibuatnya.Pada ketika proses picit tersebut, dia terasa ada 'benda' bergerak dalam peha kanan nya.Saya iktikad pada Allah dan tarik keluar melalui kaki kanan tersebut.

Alhamdulillah, sakitnya berkurangan.Saya berikan air untuk mandian di rumah dan garam untuk memagar rumahnya. Rawatan diteruskan pada sahabatnya yang datang bersama.

Sebaik shj saya bacakan Al-Fatihah dengan memegang kepalanya, dia menggeletar.Saya terus menghentikan rawatan dan minta dia dtg lain kali dengan perlu membawa beberapa keperluan rawatan.Proses rawatan berhenti sementara untuk pesakit berikutnya yang masih menunggu di ruang tamu.
 
Blogger Templates