Ads 468x60px

Sekeluarga diancam sihir

Pukul 1:45 ptg td, sy dikejutkan dgn sekeluarga pesakit yang sudah berada dihadapan RIDAM.Pesakit ni dtg buat kali yang kedua.

Sy mulakan rawatan pada anak perempuan mereka dahulu.Pada rawatan yang lalu,si pesakit ini menggelepur setelah dibacakan rukyah.Namun begitu, tiada kesan pada kali ini dan sy andaikan pesakit sudah melalui proses penyembuhan.

Rawatan ke-dua saya lanjutkan pada ibu mereka.Alhamdulillah, hasilnya sama seperti anak perempuannya tadi.

Rawatan ke-tiga pula saya lakukan pada si abang.Ni yang pening sikit.Setelah dirukyah beberapa kali, tetap tiada berkurang sakitnya.Lagi naik pening bila sy tiada rasa aura negatif / sebarang gangguan padanya.Saya suruh dia zikir surah al-ikhlas sebanyak 313 kali sementara saya merawat saudaranya (pesakit ke-4).

Pesakit ke-4 ni batuk sejak bulan mac yang lalu tetapi tiada hasil negatif dari rawatan klinikal.Yang peningnya,masuk sahaja di RIDAM, batuknya serta-merta sembuh.Sy tak mahulah nanti ada orang kata pergi ke RIDAM saja terus sembuh.Yang menyembuhkan hanya Allah.Punca kesembuhan dari apa pun hanyalah asbab sahaja.Saya buat sedikit terapi rukyah & memang wujud laluan gangguan dalam diri pesakit.sy andaikan pesakit beransur sembuh tetapi perlu lagi minum beberapa air herba.Saya ajarkan pada beliau untuk rawatan sendiri di rumah.

Abang yang saya 'hold' sekejap td sy mulakan proses rawatan semula.Biasanya, sekiranya pesakit punyai ada gangguan teruk,dia akan kepanasan setelah membaca al-ikhlas sebanyak 313 kali.tapi yang ni makin sejuk pulak.lagi pening la kepala ni.saya picit point refleksi pada kakinya & baru jumpa puncanya.Selain dia ada gangguan, rupanya dia menghidap penyakit reutism (penyakit sengal tulang).Saya bekalkan air rukyah dan beberapa lagi amalan untuk diamalkan.

Yang menyembuh dtg dari Allah.dan yang buruk serta kelemahan rawatan dtg dari diri saya sendiri.Wallahu'alam
 
Blogger Templates