Ads 468x60px

4 Kes Rawat 1 - Saka dilutut

Semalam, saya merawat 4 jenis penyakit gangguan bermula selepas Isyak hinggalah ke pukul 2 pagi.

Kes Pertama - Saka berpaut di lutut
Seorang lelaki bersama isteri dan 2 anaknya dtg ke RIDAM.Pesakit ini telah saya maklum agar membawa ubat penyakit iaitu minyak masak zaitun, limau 21 biji dan atar kasturi.Dia mempunyai sakit lutut yang kronik.Telah dicuba di beberapa tempat tetapi masih tiada kesan.

Seperti biasa, bahan yang hendak diguna sebagai ubat akan sy rawat terlebih dahulu.Kemudian barulah saya memulakan rawatan.Ini kerana, adakalanya pesakit mungkin kerasukan dan amuk.Kalau pada masa tu nak buat bahan rukyah kan jadi pening dan gelabah dibuatnya.So, penyediaan bahan rukyah dikiran penting dan tak gelabah kan perawat.Bak kata orang, pengalaman mengajar erti kehidupan.

Saya mulakan rawatan dengan bacaan rukyah padanya.Kemudian saya pegang kawasan lututnya.Sebelum rawatan, saya telah letakkan sebiji batu sungai berwarna hitam dibawah pelibat kakinya.Tujuan batu ini ialah utk menghisap toksid yg ada dalam bahagian tersebut.Kemudian saya bacakan 'Afahasibtum...' 7 kali diikjti dgn 'salamun kaulan min rabbirrahim' 7 kali.Saya bacakan ayat memanggil agar jin yang berada dalam badan itu keluar.Kemudian saya selawat nabi sebanyak-banyaknya dan menarik ia keluar melalui kaki kanan pesakit.Tangan yang saya gunakan terasa panas dan kebas.Lantas sy bacakan doa pemusnah dan pohon pd Allah agar disembuhkan kembali.Alhamdulillah, tangan saya normal kembali.

Pesakit telah berkutangan sakitnya.Berpantukan titik saraf refleksologi, ada darah beku berkumpul di dalam lutunya.Gangguan ghaib sudah tiada lagi.Lalu, saya bekam darah pada 2 point di lututnya dan pesakit pulih hampir 90 peratus.Mahasuci Allah, saya bersyukur atas keizinanNya tersebut.Saya bagi tempoh 3 minggu utk perhatian.Limau 21 biji tu diguna dlm mandian.atar pula dipakai sblm tidur dan minyak zaitun tu dimakan waktu pagi.Mudah-mudahan pesakit sembuh 100 peratus.Amin
 
Blogger Templates