Ads 468x60px

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan. Syukran Jazilan.

4 Kes Rawat 2 - Bisikan pelesit

Pesakit kedua (kali ke-2 ke RIDAM)seorang perempuan yang berpendidikan tinggi.Pernah menjadi pensyarah di Kuala Lumpur.Namun, dia dinasihatkan berhenti setelah banyak memohon cuti semasa arwah ibunya sakit tenat.

Setelah ibunya meninggal, masalah lain pula yang timbul.Dia mendengar suara bisikan halus di telinganya hingga menjadikan dia mudah mendengar jiran mengumpat, dihina oleh suara itu sendiri, murung dan ketakutan.

Pada rawatan sebelumnya, dia telah di rukyah dan membuat amalan kesembuhan di rumah sebagai 'pemanas' kepada gangguan dalam badannya.

Pada kali ini, saya celupkan kapas dalam cuka epal yang dirukyah kemudian diletakkan di kedua lubang telinganya.Alhamdulillah, bisikan itu hilang serta-merta.

Saya berikan amalan surah-surah pilihan dan garam pemagar utk dirinya.
 
Blogger Templates