Ads 468x60px

4 Kes Rawat 4 - CCTV Sihir

Saya bersama 2 orang sahabat ke tempat yang dijanjikan.Tuan kedai tersebut mengadu terasa seperti ada seseorang memerhatikannya sewaktu dia bekerja di dalam kedainya.

Dipendekkan cerita, saya masuk ke dalam kedai dan serta merta kepala saya sakit dan pening.Entah kenapa pada masa itu, saya terasa hendak melihat ke sudut kanan depan kedai tersebut.Di sudut itu,ada kotak kosong.Saya angkat kotak itu dan nampak paku yang ditampal di dinding.

Serta-merta saya melihat bayangan seorang lelaki tua sedang duduk bersila sambil marah-marah dan menyumpah seranah.Di depan lelaki itu ada semangkuk air jernih.Nak kata gila pelik juga sebab lelaki tua itu bercakap dengan mangkuk tu.

Dengan senyuman, saya bertanya kepada tuan kedai.Dimana dia dapat paku itu.Dan dia hanya menjawab dari seorang tua di Se#$m#n…(tempat kena rahsia).Tekaan saya lagi tepat kerana 4 penjuru kedai diletakkan paku tersebut.Katanya sebagai pemagar.

Setelah ditanya beberapa kali, baru tuan kedai ingat yang gangguan terjadi selepas dia meletak paku tesebut.

Nak tahu apa sebenarnya tujuan paku tu? Hehhehehhe
Itu sebenarnya CCTV sihir.So, lelaki tu boleh tgk secara batin akan apa yang terjadi di kawasan yang di tandakan.Tuan kedai ni punyalah cantik.Mahu tak luruh iman pakcik tu. Wallahua’lam

Keseluruhan paku dicabut.Tapi, saya masih terasa ada ‘sesuatu’ di dalam kedainya.Tika itu,lintasan budak hitam setinggi pinggang mengintai saya di belakang kotak di stor belakang.Sah..ada lagi ‘benda’ nya.

Erm..rupanya itu adalah sihir penutup kedai (setelah saya ‘scan’.Panjang sgt nak cerita.Kira ringkas jelah).Saya kemudian buat amalan memagar dgn air rukyah dan alhamdulillah, gangguan itu tiada lagi.

Tuan kedai tu pulak saya rukyah dengan ayat suci al-Quran supaya kuat sikit semangatnya.Boleh tahan penakut jugak tuan kedai tu.Saya juga bekalkan garam rukyah utk memagar kedai tersebut selama 3 hari.Mudah-mudahan tiada lagi gangguan selepas ini dengan izin Allah.

Yang menjadi persoalan dalam fikiran saya, kenapa orang melayu ni suka sgt buat kerja khurafat mcm tu.Ber dengki tak memasal kalau pasal perniagaan.Tak boleh ker kalau berniaga secara sihat? Kan sama-sama cari makan? Pening-pening…

Pusat rawatan saya (RIDAM) pun kena juga kes mcm ni.Siap ‘org yang buat saya tu’ warning secara fizikal lagi supaya saya tutup pusat rawatan ni.Dah buat secara sihir, masih tak menjadi.Jin yang dihantar tu saya tangkap pastu saya buang kat tempat lain.Menggagau org tu tunggu belaannya tak balik-balik. Masa dia warning saya dulu, siap rayu pun ada suruh kasi balik ‘belaan’ nya.katanya tu dari pusaka nenek moyangnya. Saya buat tak endah jer.Cuma saya kata, kalau masuk jer pagar rumah saya, saya akan report polis.senang cerita.Pendek cerita, dia warning saya kat pagar rumah jelah. Last-last saya masuk.Bila saya intai kemudiannya, dia dah tak ada..Ni pun kes pening-pening…..
 
Blogger Templates