Ads 468x60px

Bahana membunuh ular

Saya dihubungi seorang pesakit dari Dungun pagi ini.Katanya dia nak ke RIDAM dgn segera.Saya maklumkan dia utk berubat pada waktu petang kerana kurang sihat.

Petangnya, pesakit yang telefon saya pagi tadi dtg bersama isteri dan adiknya.Terkejut sy kerana wajah pesakit agak menyeramkan.Hidungnya menjadi besar dan bernanah didalamnya.Matanya pulak bengkak seperti dipukul orang.bawah dagunya ada benjolan besar seperti bisul sebesar duit syiling 50 sen.

Secara batin, saya nampak jelmaan ular hitam di belakang pesakit tersebut.Lalu, saya menyoal pesakit.Memang benar, dia pernah membunuh ular.Kisahnya juga masih baru.Mungkin ada kaitan, tp Allah S.W.T lebih tahu.

Saya mulakan rukyah padanya.Semasa membaca rukyah, bdn jadi lemah dan terasa gatal di muka.Rupanya, itulah yang dialami pesakit semenjak dia sakit.Saya juga membekam di belakang kepala kerana dia menyatakan bahawa dia juga sakit kepala sejak 8 hari lalu.

Saya bancuhkan nila dengan air yg dirukyah utk disapu pada tempat sakit tersebut.Selain itu, saya bekalkan air dan kapur rukyah utk diguna mengikut aturan yang saya tetapkan.

Saya beri tempoh 7 hari utk sesi rawatan selanjutnya.Diharap sembuh penyakitnya.Jika tidak, dia tidak dpt bekerja dlm keadaan tersebut.Ya Allah, Engkau maha penyembuh lagi maha mengasihani.Amin
 
Blogger Templates