Ads 468x60px

gangguan cukup pakej

Balik dr rawat kes Cik Pon, sekeluarga pesakit dtg ke RIDAM sebaik shj masuknya waktu Asar.Isteri pesakit mengalami sakit lutut yang serius.Sampai jalan pun terhenjut-henjut.

Tapi lain pulak pd pandangan saya.Lagak jln pesakit tu dah macam beruk dan ingat pada petunjuk guru, kebiasaan mereka yang diganggu jin jenis binatang, sedikit sebanyak sifat binatang tu akan terikut-ikut pada pesakit.

Sblm memulakan rawatan, sy menyuruh pesakit mengisi borang rawatan.Agak terkejut jugak kerana hampir 80% senarai gangguan ketika jaga dan tidur ditandakannya.Secara ringkas, gangguan yang dialami ialah-

1-ular pernah masuk rumah & ghaib bila nak ditangkap
2-bunyi sesuatu berjalan atas atap rumah
3-siapa yg masuk rumahnya akan pening dan rumahtangga sering bergaduh
4-nampak kelibat
5-pernah ditindih
6-mimpi kaca
7-mimpi jatuh dari tempat tinggi
8-mimpi budak kecil
9-mimpi beruk 2 ekor
10-mimpi ular
dan byk lagi la.pendek kata semua ada.

Kemudian, sy memulakan proses rawatan dan tak sampai 10 minit dibacakan rukyah, pesakit pengsan.Itu lah taktik jin antaranya bila nak berubat.kaedah tu supaya kita panik dan melengahkan rawatan.

Pendek cerita, setelah pelbagai kaedah yg diguna, saya dpt tarik gangguan yg ada dlm bdn nya.Tapi bdn sy pulak terasa amat penat mcm dah berubat seramai 10 org.Sy hentikan dulu rawatan dan menyuruh pesakit dtg utk rawatan selanjutnya.

Alhamdulillah, sakit lutut pesakit sudah berkurangan.saya bekalkan garam pemagar, air rukyah dan air limau untuk rawatan dirumah.

Doakan pesakit ni sembuh wahai pembaca.Mungkin doa kalian juga mujarab dan diterima Allah untuk membantunya.Amin
 
Blogger Templates