Ads 468x60px

Jin sihir

Semalam, saya tidak bercadang untuk mengubat sesiapa kerana kesibukan menyiapkan report kerja.Dalam pukul 8:00 mlm, seorang wanita menelefon saya.Katanya anak saudaranya kena sihir.Saya menolak dgn baik ekoran kesibukan kerja.Namun, hati saya berdektik untuk menolong krn saya mendengar pekikan pesakit dalam panggilan tersebut.Serta merta saya nampak bayangan seorang lelaki tua sedang mensalai sebuah patung di atas bara yang bercampur kemenyan.

Dalam bayangan yang samar-samar itu, seorang perempuan dalam umur 50-an menjelma & ia silih berganti dgn bayangan lelaki tadi.Sy tak berani nak buat kesimpulan awal krn pesakit masih belum saya berjumpa setentang dua mata!Tapi, mengikut pengalaman lepas, lelaki itu mungkin bomoh sihir upahan dan wanita itu adalah sipemberi upah.Atas sbb apa masih belum saya pasti.

Dalam pukul 10 mlm, saya bersama seorang ahli RIDAM ke rumah pesakit.Dipendekkan cerita,saya memulakan proses berubat.Tapi sebelum itu, saya minta dgn tuan rumah supaya menyimpan gambar2 hidup yang ada dlm rumah.

Saya mulakan dgn membaca rukyah dihujung kepala pesakit (pesakit tidak sedarkan diri).Hampir 15 minit membaca rukyah, tiada kesan yang ditunjukkan.Tapi saya dpt rasakan seperti tapak tgn saya terbakar kemerahan sewaktu sesi rukyah.Saya juga pasti mata pesakit seperti mengintai saya dan mulutnya seperti mencebik.

*Dalam hati: Kau ingat kau boleh tipu ayat Allah? Hanya Allah yang berkuasa atas sesuatu!

Saya menukar posisi dgn duduk dihujung kakinya.Satu persatu jari kakinya saya pegang dengan berzikir 'Ya Zal Jala liwal Ikram' sebanyaknya.Jarinya yang terakhir (jari kelingking) memberi tindak balas.Pesakit meraung sekuatnya.Habis barang yang berada disekeliling termasuk bantal dicampaknya.

Tips:
Tujuan kesan melalui kaedah Refleksologi ini adalah untuk memudahkan kita tahu kedudukan jin dalam badan.Jika jari kelingking yg saya picit itu menunjukkan jin berada disekitar antara lutut hingga ke kaki pesakit.Tak perlulah kita sentuh bahagian lain.Nak pukul pun kat kawasan tu je lah. :D

Jin tu mengalah jugak.Pendek cerita,dia beragama kristian dan diupah penyihir.Saya suruh dia keluar & dia setuju selepas bersumpah 3 kali.Saya tarik dia & keluar dgn teknik tarik & hantar semula ke 'tuan'nya.Pesakit keletihan.

Saya ingatkan kes dah 'settle'.Jadi saya buatkan rukyah utk air limau dan atar kasturi.Sewaktu nak beredar, saya try sekali lagi buat kaedah refleksi.Adus...ada lagi rupanya.Jin yg sama td masuk balik.Kali ni saya buat lebih keras dan dia bersumpah sebanyak 10 kali.Dia akhirnya keluar dan pesakit begitu lemah dan tertidur.Kesian, tempat saya picit di jari kelingkingnya sampai lebam.Sedangkan saya hanya menyentuhnya.

Saya bagi tempoh 7 hari utk melihat keadaan pesakit.Doakan pesakit ini sembuh.Umurnya baru 19 tahun.Banyak lagi yang belum dia kenal erti hidup.Ya Allah, bantulah hambaMu dalam melawan musuhmu yang nyata & yang ghaib.Amin
 
Blogger Templates