Kehebatan Doa Nabi Yunus

Assalamualaikum..

Hari ini, saya mengalami peristiwa yang tidak akan saya lupa sepanjang hidup saya.Sewaktu pulang dari kerja, kereta saya kehabisan petrol.Dari tempat saya berada, jarak ke stesyen minyak lebih kurang 11km.Meter minyak dah sampai E.Risau saya dibuatnya sebab saya berada di Lebuhraya Jabor (kiri kanan hanya kelapa sawit) pada waktu hampir malam.

Pada tika itu, saya bertawakkal dan dapat ilham untuk berzikir tasbih nabi Yunus.Tiada lain yang keluar dari mulut dan hati saya ketika itu kecuali zikir ayat tersebut.Alhamdulillah, sampai jugak saya di stesyen minyak tersebut.Tapi dugaan semakin berat.Stesyen minyak tu tutup sebab kehabisan petrol!Lagi haru biru.Jarak stesyen minyak seterusnya hampir 19km.

Apa pun, saya tiada pilihan lain.Saya teruskan zikir dan meneruskan perjalanan.Dengan kuasa Allah dan kelebihan ayat Al-Quran,saya diizinkan Allah selamat sampai ke stesyen minyak tersebut dalam keadaan kereta 'O' petrol.

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah.Bayangkan jika kereta saya 'mati' di highway tersebut? Dengan keadaan jalan yang sunyi, tiada 'coverage' line dan kawasan macam tu pulak penuh dengan kes rompak samun.

Saudara..Amalkan lah doa Nabi Yunus sebagai method zikir harian anda.Bertawakkal dan semoga ianya mendapat keberkatan dari Allah.

Bukan zikir itu yang menjadikan anda senang,tapi semuanya atas kuasa Allah jua.Bertawakkal dan berserahlah diri anda pada-Nya.Insyaallah, anda akan temui jalan penyelesaian jika anda mengalami masalah.

0 Comments:

Post a Comment




Ssungguhnya, kesembuhan penyakit itu hanyalah dengan keizinan Allah. Kita perlu berusaha dan yakin akan ke-EsaanNya