Ads 468x60px

Kerana Dendam Pelajar

Minggu lalu, seorang pensyarah & keluarganya datang ke RIDAM.Menurut cerita si pensyarah, dia terasa seperti hendak mati pada tika tertentu.Mukanya terasa ditarik hingga hidungnya terasa penyek.Anggota badannya sakit-sakit dan terasa bergerak-gerak.

Penyarah itu asalnya mengajar di Labuan.Oleh kerana masalah kesihatannya, dia minta ditukarkan ke Timur semenanjung.

Saya memulakan rawatan sepertimana biasa.Nampak tiada apa-apa tindak balas.Saya pukul dengan kayu nona sepertimana kaedah rawatan yang lepas.Pada sesi memukul, pesakit merasakan seperti benda bergerak turun dari kepalanya menghala ke kaki.Kemudian, pesakit terasa semakin pulih.Saya kemudiannya menyuruh pesakit datang lagi pada malam keesokkannya.

Malam ke-2

Sebelum memulakan rawatan bacaan rukyah, saya tutup dahulu laluan supaya jin yang berada dalam badan pesakit tidak terus keluar.Saya mahu berdialog dengannya untuk mengenal pasti punca penyakit yang dialami pesakit.

Setelah memukul dengan kayu nona, nampaknya jin tu dah tak tahan kesakitan agaknya.Melalui badan pesakit, dia menunjukkan dirinya.Maka bermulalah sesi dialog antara saya dengan nya.

Saya: Siapa kamu? Kenapa kamu ganggu hamba Allah ni?

Jin: Aku dipaksa ganggu anak ini.Tuan aku ni kena marah waktu belajar.Dia tak puas hati.

Saya: Mana asal kamu?

Jin: Aku dari Sabah la.Cukuplah tu pukul aku.Badan aku dah sakit-sakit ni.Semalam dan 50 ribu anggota keluarga aku dalam badan ni dah mati lepas kau pukul.Aku sendiri pun nak bergerak tak boleh.Habis badan patah-patah.

Saya: Dah tu, semalam bukan main tunjuk ‘terer’.Hari ni ‘surrender’ pulak.

*Saya mengejeknya sambil tersenyum.

Kemudian, adik pesakit yang menyaksikan sesi rawatan ni pulak ‘sound-direct’ pada jin tu.

Adik pesakit: Keluarlah binatang! Kenapa nak ganggu orang?Dah tak ada kerja lain ker hah? !

Jin: Kau diam! Jangan nak sibuk! Setakat kau tu, lagi senang aku nak masuk kacau!

*lantas saya menunjuk isyarat kepada adik pesakit supaya diam.

Saya: Itu bukan lawan kau.Ni hah, yang kat depan kau ni.

Jin: Aku tak boleh lawan kau.Ilmu apa kau pakai? Nak serang pun tak boleh.

*Saya terdiam.Sesungguhnya jin memang suka memuji supaya kita ada sifat ujub dalam diri dan terus lalai pada Allah.

Saya; Kau ni jenis apa hah?! Islam ke tak ni?

Jin: Aku ni dari jelmaan tengkorak orang.Aku bukan Islam.Dah la banyak tanya, aku sakit ni.

Saya: Kau jangan nak panjang cerita.Aku nak kau keluar atau aku bunuh.Mana satu kau nak?

Jin: Aku nak keluar, tapi dah tak leh gerak ni.Macam mana nak keluar?

Saya: Kalau kau bersumpah atas nama Allah, aku boleh doakan dengan izin Allah supaya sakit kau terus sembuh.Mahu?

Jin: Baik, aku bersumpah dengan nama Allah yang aku mahu keluar.

Selepas diulang 3 kali, barulah saya yakin sedikit.Tapi kena ‘still’ berjaga-jaga.Jin ni banyak muslihatnya.

Saya halakan tapak tangan dari kepala pesakit hingga ke hujung kaki tanpa menyentuh kulit pesakit.Pada tika itu, saya bacakan Selawat Syifa’ 3 kali dan mendoakan agar kesakitan jin tersebut terus sembuh.

Saya: Sekarang macam mana dengan luka kau? Dah sembuh?

Jin: Sudah sembuh.Terima kasih banyak-banyak.

Saya: Jangan terima kasih pada aku.Terima kasih pada Tuhan aku, Allah S.W.T.Sekarang, aku nak kau tepati sumpah kau tu.

Jin: Sebelum aku keluar, aku nak tanya dan nak beritahu sesuatu.

Saya: Apa dia?

Jin: Mana aku nak pergi?Kalau aku balik ke sabah, tuan aku mesti pukul aku.Sanak saudara aku pun mana nak pergi?

*Pada tika itu,saya nampak ilham sebuah pulau.Saya namakan ianya Pulau Aman.Saya bacakan Al-Fatihah pada tapak tangan dan bila sampai ayat ‘iyya kanak budhu waiyya kanas ta’in’ , saya ulang 7 kali mohon pada Allah agar bayangan yang saya nampak ada di tapak tangan saya.Kemudian saya habiskan bacaan.

Saya: Nampak apa kat tangan aku ni? (saya halakan tapak tangan di wajahnya)

Jin: Nampak pulau la.Pulau apa tu?

Saya: Aku namakan ianya Pulau Aman.Kalau kau pindah situ mahu?

Jin: Baik, aku setuju.Aku bawak semua sekali sanak saudara aku.Macam mana aku nak keluar?

Saya: Aku bantu kamu dengan izin Allah keluar melalui kaki.Tapi masuk dalam botol dulu.

Jin: Baiklah.Tapi kau nak tau tak barang sihir tuan aku letak kat mana?

Saya: Boleh juga kalau nak beritahu.Tapi kalau kau tipu,aku sumpah kamu dengan izin Allah, kamu akan terbakar.

Jin: Aku tak tipu.Barang tu ada di……. (jin tu ceritalah kat mana barang sihir diletak.Nak cerita semua memang panjang la).

Pendek cerita, jin tu nak keluar.Saya lantas letakkan botol kaca besar dihujung kaki pesakit.Tujuan saya ‘transfer’ dalam botol adalah untuk ‘try’ ambil gambar secara zahir kemudiannya sepertimana Ustaz Majid AKRINE buat.Nak tau jadi atau tidak jer.

Jin itu keluar melalui kaki.Pesakit terasa seperti sesuatu menjalar dari atas kepala ke hujung kakinya.Alhamdulillah, pesakit terasa ringan badan dan sakit sudah tiada lagi.

Ni gambarnya.Ni yang paling Master.Gambar tengkorak kat depan tu.Nak kasi yang lain nanti penuh la blog ni.Wallahu’alam



















Yang ni pulak jin budak.Selepas jin tengkorak tu keluar.


 
Blogger Templates