Ads 468x60px

Pontianak Harum Sundal Siang

Saya mendapat panggilan dari seorang pesakit pada pukul 1:45 petang semalam.Dia minta saya ke rumahnya kerana isterinya tiba-tiba tidak sedarkan diri sejak dr pagi.

Pukul 2,dia sudah berada di depan RIDAM.Bersama kelengkapan spt air rukyah, rotan dan atar kasturi, kami pun bertolak ke rumahnya.

Sampai di rumahnya, dari porch kereta dah kedengaran suara org mengilai.Saya masuk ke dalam rumah dan isteri pesakit tadi terbaring di ruang tamu sambil ketawa mengilai.Saya lantas membaca ayat pembuka batin dan dgn izin Allah, gambaran samar-samar dpt sy lihat dlm badan isteri pesakit td.Gambar berupa wanita berambut panjang dgn taring besar dimulutnya itu ketawa mengilai melihat saya.Sah..ni jenis 'cik pon' sesat ni.Tapi ni yg kacau org waktu siang.Kalau mlm agaknya dah jd artis mcm cerita Pontianak Harum Sundal Malam tu la.

Saya guna kaedah refleksologi dgn membaca zikir 'Ya Zal Jala Li Wal Ikram' berulang kali.Jari manis kaki kirinya mengena.Meraungla si isteri tu.Bermakna, kesan makhluk tu berada di dalam anggota sekitar bawah pusat hingga atas lutut.Kesan itu saya rotan dgn pukulan ringan.

Kemudian, saya pegang dahinya dan bacakan ayat ayatul ahzab.Agaknya cik pon tu dah kepanasan, dia tunjuk-tunjuk arah mana dia dtg.Tapi bila tanya, dia tak boleh ckp.Cik pon tu tunjuk isyarat yg mulutnya dikunci.Elok jugak sbb nanti timbul fitnah.Sy beri arahan supaya dia keluar.Tp dia mengeleng kepala tanda tak mahu keluar.

Dah susah sgt, sy masukkan garam rukyah dalam mulutnya.Tak lama kemudian, sedarlah pesakit tu.Petua guru sy, kalau jenis cik pon ni, kita sumbatkan garam dalam mulut pesakit tu.Memang cik pon alah dgn kaedah tu.

saya kemudiannya suruh pesakit mandi dgn air limau yang dirukyah.Sesudah nampak pesakit kembali sihat, sy minta izin utk pulang.
 
Blogger Templates