Ads 468x60px

Sambungan 2 -Bahana membunuh ular (kematian)

Semalam saya bermimpi didatangi pesakit yang menderita akibat bahana membunuh ular dan angkara sihir.Dalam mimpi tersebut, pesakit hadir dengan berwajah putih bersih tanpa ada bengkak-bengkak pada hidung dan matanya seperti yang saya lihat sewaktu sedar.Dia menghampiri saya sambil tersenyum.Dialog dalam mimpi tersebut seperti begini:-

Pesakit: Assalamualaikum Ustaz.Ustaz apa khabar?

Saya: Waalaikummussalam.Alhamdulillah.Kamu dah sembuh ker?

Pesakit: Terima kasih ustaz.Saya dan sembuh.Dah tak rasa sakit lagi.

Saya: Syukurlah.Tapi saya hanya ikhtiar.Yang sembuhkan awak hanya Allah.Saya tak ada kuasa apa-apa.

Pesakit: Saya tahu ustaz.Hanya Allah yang boleh menyembuh.Cuma saya nak minta maaf kalau ada salah silap.Saya menyusahkan ustaz sampai kena bawa habis sekeluarga ke rumah saya.Jauh tu ustaz.

Saya: Tak ada apa yg perlu dimaafkan.Awak tak buat salah pun.Saya hanya membantu.Kebetulan saya ada masa waktu tu.

Pesakit: Satu lagi saya nak beritahu.Kita tak boleh jumpa dah lepas ni.Saya nak pergi jauh.Ustaz, boleh saya bagi satu nasihat pada ustaz?

Saya: Awak nak pergi mana? Nasihat apa? Kalau baik nasihatnya, insyaallah saya terima.

Pesakit: Ustaz jangan berhenti bantu orang yang sakit.Tolong mereka ya Ustaz. Saya tak nak sesiapa jadi macam saya. Kalau boleh bantu dari awal, Ustaz bantu yer.

Saya: Baiklah kalau itu nasihat awak.Tapi soalan saya awak tak jawab lagi.Kemana awak nak pergi?

Pesakit: Jawapan tu akan diberitahu bila ustaz sedar nanti.Saya dah tak punya banyak masa.Saya beransur dulu.Terima kasih sekali lagi Ustaz.Assalamualaikum....

*Bayang pesakit semakin kabur jauh dari saya

Saya: Nanti...awak nak ke mana tu? Nanti.....

Saya tersedar selepas dikejutkan isteri.Katanya dari keluarga pesakit.
Saya tersentak seketika bila diberitahu pesakit saya telah meninggal pagi tadi. Innalillahiwainnailaihi roji'un. Rupanya itulah perjumpaan terakhir saya bertemu dengan pesakit tersebut.

Doakan kesejahteraan Allahyarham semoga dia ditempatkan dikalangan orang soleh dan beroleh syurga.
 
Blogger Templates