Ads 468x60px

Sambungan Bahana Membunuh Ular

Saya dihubungi pesakit yang bengkak mukanya sehari selepas merawatnya di RIDAM.Dia merayu supaya saya berubat di rumahnya pula.

Saya ke rumahnya bersama keluarga.Masuk shj ke perkarangan rumahnya, kepala saya pening.saya mengesyakki ada brg sihir ditanam di kawasan rumahnya.Puas saya mengelilingi rumahnya,namun tiada apa yg dijumpai.Saya jadi buntu.Aura barang sihir tu kuat.Tp jumpanya tidak.

Nak confirm lagi, saya telefon guru saya di Kota Bharu.Benar juga katanya.Tempatnya di kawasan sepertimana yg saya fikirkan.Kebetulan anak pesakit ada bersama.Maka, saya minta pertolongan mereka utk cari bersama barang sihir di kawasan yang disyakki.

Anak lelakinya menjumpai tulang besar bersama kain biru dalam sebuah tupperware di bawah bilik pesakit.Hati saya masih mengatakan bahawa masih ada lagi barang sihir yang belum dijumpai.Fikiran saya terbayang seekor katak yang berwarna kekuningan pucat.Puas di selak sana-sini, akhirnya saya menjumpai seekor katak kuning (lama tak terdedah dgn matahari) dalam sebuah tin cat merah.Padahal, kawasan itu dah banyak kali diselongkar.

Barang sihir itu saya tawarkan dengan cuka getah yag dirukyah dan saya suruh buangnya ke sungai.




Tulang Babi




Katak (tak tahu spesis apa).Lepas dibaca dgn ayatul Quran, warna berubah mcm katak-katak lain di Malaysia.

Pesakit masih mengadu sakit dimuka dan pening-pening.Puas saya rukyah, namun kesan kesembuhannya tidak seberapa.Walaupun barang sihir telah saya jumpai,ditawar dan dibuang ke sungai, kesannya masih samar.Saya pun buntu.Saya bacakan pada air untuk dibuat minum serta membasuh mukanya.Proses pengubatan selesai setakat itu dan saya meminta izin untuk pulang.

Pagi ini, pesakit menelefon saya lagi dan mengadu bengkak dimukanya semakin teruk.Saya beristighfar beberapa kali dan merasa kasihan padanya.Hampir menitik airmata saya bila mengenangkan penderitaannya.Namun apa yang saya boleh buat? Boleh dkatakan hampir semua kaedah dan teknik yang dipelajari dari guru saya telah saya buat.Yang menjayakannya hanya Allah.Saya juga menelefon guru saya dan menceritakan hal ini.Guru saya dgn tenang memberitahu bahawa kesan sihir ini ada 3 jenis iaitu;-

1- Pesakit sembuh walaupun brg sihir tidak dibuang
2- Pesakit sembuh sekiranya barang sihir dijumpai dan dibuang
3- Pesakit tidak sembuh walaupun barang sihir dimusnahkan

kesan ke-3 kebiasaanya kerana kesan sihir yang lama.Walaupun sihir telah dimusnahkan, penyakit yang dihadapi kerana sihir bertukar kepada sakit klinikal.

Jika menjumpai kes seperti ini,maka banyakkan memohon petunjuk dan doa pada Allah.Dari Allah kita dihidupkan dan kepada Allah juga kita akan kembali.
 
Blogger Templates