Ads 468x60px

Highway Jin

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya saya tidak menulis dlm blog.Memang tiada masa hendak saya menulis pengalaman merawat pesakit yang kian ramai datang ke RIDAM.

Minggu lepas, saya bercuti bersama keluarga.Elok juga kiranya saya bawa keluarga makan angin.Dah lama kami tidak bercuti.Perjalanan yang dirancang ialah dari kemaman,kuantan,kuala lumpur,perak,kelantan,terengganu seterusnya pulang semula ke kemaman.

Namun begitu, program cuti bersama keluarga tetap diselit program perubatan apabila saya berkunjung ke kelantan.

Di kampung Tendong, Pasir Mas,saya diminta seorang lelaki yang bekerja di Utara untuk mengubat keluarga mertuanya.Diceritakan kpd saya, keluarga mertuanya sudah puas berubat di merata-rata tempat.Masalah yang dihadapi ialah ahli keluargnya mengalami sakit misteri dan terdengar bunyian pelik di kediaman mereka.

Semasa saya menjengah ke sana, rupanya pintu utama kediaman keluarga tersebut adalah laluan jin.Kira mcm highway lah bagi puak jin.Dasarnya memang jin boleh terbang.tapi bukan semua.Diorang juga mempunyai adab dan tatasusila tertentu sepertimana kehidupan manusia.


Saya memohon maaf pada keluarga tersebut krn risiko utk menukar laluan mereka amat tinggi krn saya datang bersama isteri dan 2 orang anak yang masih kecil.Mungkin keluarga saya akan mendapat ancaman jin jika saya meneruskannya.Namun begitu, saya bersetuju untuk mengubati pesakit.

Selain laluan jin, saya juga merasai aura negatif dari barang sihir yang diletakkan iaitu di dalam pasu bunga hadapan rumah dan di dalam tangki air yang tidak digunakan di belakang rumah.saya nasihatkan pada ayahnya supaya membasuh tempat barang sihir tersebut dengan cuka getah sebagai pembatal sihir.

Rawatan dimulakan dengan merawat ibu mertuanya dahulu.Setelah dibaca ayat-ayat rukyah,pesakit mengadu kepanasan pada badannya.Lantas, saya bacakan ayat Ibrahim sebagai doa untuk menyejukkan badannya.Alhamdulillah, kepanasan pesakit berkurang.Memang kesan panas tersebut turut dirasakan pada tapak tangan saya sewaktu merukyah.

Cuma yang menjadi tanda tanya dalam benak fikiran saya, kenapa bayangan seorang lelaki menunjuk-nunjuk pada pesakit tersebut dan anak perempuan mereka tanpa berkata sapatah pun.Puas saya tanya secara kebatinan, lelaki itu hanya berdiam diri.tapi dari isyarat yang saya perhatikan, berkemungkinan besar pesakit mempunyai SAKA dan anak perempuannya disihir orang.Selepas itu, bayangan lelaki berganti dengan bayangan sami thai.Saya kenal sami tersebut berdasarkan pengalaman merawat pesakit yang dahulu.

Rawatan berikutnya saya lakukan pada anak perempuan pesakit.Menurut cerita pada si ayahnya, pesakit ini mempunyai pendamping jin Islam yang bernama Aishah.Puas saya bacakan ayat pemanggil, jelmaan jin yang bernama Aishah masih belum menunjukkan diri samada secara batin atau melalui pesakit.

Untuk itu, saya nasihatkan pada keluarga tersebut supaya berubat secara 'internal' dahulu iaitu dengan mandian,minuman dan amalan rukyah.Saya juga ijahkan amalan pendinding dan menyuruh keluarga pasakit memagar rumahnya dengan garam rukyah.

Saya doakan agar keluarga itu sembuh dari penyakit dan hidup harmoni seperti orang lain.Amin
 
Blogger Templates