Ads 468x60px

Insaf

Minggu ini, saya berkesempatan oleh Allah untuk mengubati sahabat yang ingin pulang ke pangkal jalan. Dulu dianya seorang homoseksual dan alhamdulillah, Allah s.w.t telah membuka hatinya.

Bila ditanya lebih lanjut, dia ada memakai susuk emas di dahinya sebagai penyeri muka tapi telah dibuang. Namun begitu, untuk lebih yakin, saya lakukan rawatan membuang susuk dan memang benar, susuk yang dipakai telah tiada di wajahnya.

Saya lanjutkan bacaan rukyah padanya. Dalam samar, saya melihat bayangan 3 orang lelaki dan 3 tempat yang berlainan.

1)tiang depan rumah teres (pandangan hadapan sebelah kanan)
2)kereta wira (tapi fokus pada bahagian tayar depan)
3)meja pejabat

Puas saya bertanya secara batin pada 3 lelaki tersebut namun mereka hanya berdiam diri. Saya pun tak pasti kenapa jadi macam ni. Dalam sebulan ni, kebanyakkan bayangan yang dilihat tidak mahu berdialog dengan saya. Contoh ketara ialah waktu saya ingin mengesan barang sihir disebuah rumah pesakit di tasik chini. Hanya nampak bayangan.Dialog tak jadi.

Persoalan ini saya tanyakan pada guru saya. Istilah yang kami gunakan ialah 'cermin ajaib'. Dengan selamber jer guru saya jawab, "kau amal dah kurang. Itukan ma'unah.Bukannya selalu dapat. Banyakkan sikit amal tu.Kereta pun kena servis.Ni kan pulak manusia.Itupun nak tanya ker?".

Adus, bukan main sinis lagi guru saya bagi pengeras.Memang saya akui.Dalam sebulan ni tak sempat buat latihan dan amalan zikir mcm sebelum ni. Selain mengurus keluarga, membantu syarikat bapa, mengarang buku, mengambil tempahan grafik, mengubat dan menguruskan beberapa projek, saya tak berkesempatan sepenuhnya. Insyallah, saya akan tingkatkan. Pesan guru saya lagi, jgn buat amal kerana khasiatnya.Buat amal kerana Allah.Hati kecil kita tak boleh tipu Allah.So, Allah akan kasi juga apa yang kita minta.Cuma cepat atau lambat,dunia atau akhirat jelah.

Berbalik kepada bayangan 3 orang tadi, saya hanya mengandaikan itu adalah penyihir kepada mangsa dan 3 tempat itu adalah tempat diletakkan barang sihir. Sihir apa memang saya tak tahu. Saya bekalkan air rukyah dan air limau untuk mandi dan minum.3 tempat tadi saya ceritakan untuk dia basuh dengan air jampi. moga-moga sembuhlah penyakitnya.

Sesungguhnya, segala penyembuhan dan kebaikan hanyalah dari Allah.
 
Blogger Templates