Ads 468x60px

Kes 1 – Jin SAKA tiada kepala

Assalamualaikum…

Kerana masa yang terlampau sibuk, saya tidak berkesempatan merekod kisah perubatan yang saya alami.Namun begitu, ada 3 kes berat yang ingin saya ceritakan agar ianya boleh menjadi panduan kepada Muallij sekalian.

Saya bersama 2 orang rakan dijemput keluarga pesakit yang tinggal di sebuah penempatan felda. Pesakit sudah berumur 70an dan sudah uzur. Menurut cerita keluarga pesakit, pesakit akan bersilat tanpa sebab dan mengeluh panjang. Keluarga pesakit juga ada melihat lembaga TANPA KEPALA mundar mandir di luar dan dalam rumah.

DIpendekkan cerita, saya mulakan proses rawatan. Saya lakukan ‘pagar ayat’ untuk 4 penjuru. Kemudian saya arahkan pesakit duduk di ruang yang saya pagar tersebut. Sebaik shj diarahkan, pesakit bersilat. Saya bercakap agak kasar utk menakutkan jin yang ada dlm badan. Alhamdulillah, pesakit reda dan mengikut arahan.

Saya mulakan rawatan dgn membaca rukyah. Nampak tiada kesan. Saya buat scan refleksologi & pesakit meraung kesakitan. Oleh kerana malam semakin larut, saya buat teknik tarik serban dan pesakit meraung kesakitan. Lantas, saya buat sekali lagi scan reflek.

Mungkin kerana jin dalam badan tu tak tahan sakit, dia bukak langkah silat. Saya hampir ditumbuk. Mujurlah ada kawan yang ikut bersama. Diorang la yang tolong pegang. Saya juga minta menantu dan anak saudaranya turut pegang bersama. Badan pesakit diikat. Saya buat sedikit penyeksaan agar jin dalam badan tu mengalah. Bila dah lama sangat, saya tarik guna telur rebus (teknik ini akan saya ajar dalam kursus nanti).

Alhamdulillah, pesakit reda dan mudah-mudahan dia sembuh.

Selesai merukyah, saya buatkan ‘pagar rumah’ dengan garam dan lada hitam bersama sahabat dan ahli keluarga pesakit. Semasa proses memagar, saya nyaris dipatuk ular tedung selar. Setahu saya, jika terkena sengatan, mangsa akan menemui maut jika kurang dari 30 minit dibawa ke hospital. Syukur pada Allah kerana menyelamatkan saya.

Proses pagar rumah berjalan lancar dan kami pulang pada pukul 1:40 pagi…. Perjalanan sebanyak 30km kami teruskan untuk pulang ke rumah…..
 
Blogger Templates