Ads 468x60px

Kes 2- Jin Siam bukak buah tomoi.

Saya dihadiri pesakit yang datang dari Kuala Terengganu. Kesian, pesakit ini mengalami masalah penat badan yang serius, kegatalan pada alat sulit dan lemah tenaga batin.

Saya mulakan rukyah dan pesakit terus bercakap siam. Kali ni ilmu saya teruji. Boleh dikatakan hampir kesemua teknik rawatan yang biasa saya amal tidak memberi kesan. Akibat terlampau pening dengan kes ini, saya buat solat hajat mohon diberi ilham dan kekuatan.

Selesai sudah solat hajat, saya teringat teknik ais yang pernah diguna oleh guru saya dahulu. Mujurlah isteri saya selalu menyediakan ais untuk dibuat minum. Saya ambil 2 biji ais yang sederhana saiznya dan saya letakkan pada badan pesakit.

• Jin berasal dr api. Gunakan ais utk melawan sifat kejadiannya.

Meraung si pesakit bila ais mengena pada badannya. Dia menganggukkan kepala tanda ingin keluar. Oleh kerana dan banyak kali dipermainkan, maka saya tak percaya. Saya buat teknik refleksi sekali lagi. Kali ni memang agak kuat picitan saya. Oleh kerana tak tahan sakit, jin siam dalam badan tu bukak langkah Tomoi. Naik pucat jugak saya. Nasib baik sahabat pesakit yang datang bersama memegang pesakit agar tidak meronta. Saya buat teknik tarik senafas dan pesakit lega.

Saya sudah semakin letih. Tapi kesian pada pesakit, harapan dia menggunung tinggi. Oleh kerana tiada piliha lain, saya terpaksa buat Teknik Mata Batin. Kaedah ini agak jarang saya amalkan kerana kesan penat selepas itu agak kuat. Boleh pengsan dan saya pernah pengsan pun…

Saya mulakan dengan bacaan pembuka batin dan dikala itu, saya nampak gambaran dua buah mangkuk putih yang diletakkan berdekatan tiang sebuah kuil. Kuil mana, tidak dapat saya pastikan.

Dalam 2 mangkuk tersebut, ada ulat beluncas (ulat hutan) dan tulang yang patah. Saya gagahkan mengangkat 2 mangkuk tersebut dan minta pada Allah agar ditunjukkan sungai. Di sungai itulah saya buangkan barang sihir tersebut.

Sebaik shj membuka mata, saya lihat pesakit sudah sedar sepenuhnya dan sembuh.

Pesakit diberi minum air rukyah. Sebelum pulang, pesakit mengadu terasa sedikit kegatalan pada alat kemaluannya. Mungkin itu kesan. Harap sembuh penyakitnya. Pesakit pulang selepas hampir 4 jam menjalani rawatan.
 
Blogger Templates