Ads 468x60px

Kes 3 – Jin Islam sihir dari Mekah

Pesakit yang pernah saya ubati datang bersama anaknya. Dipendekkan cerita, saya membuat rawatan rukyah dan akhirnya jin dalam badan menunjukkan diri. Dia mengaku Islam dan berasal dari Mekah. Kata jin tu lagi, dia diculik seorang wanita yang kini menjadi ‘ibu’ nya. Tugasnya ialah menyakitkan pesakit.

Pesakit saya itu rabun matanya tanpa sebab. Barulah diketahui sebenarnya jin itulah yang mencocok matanya. Kata jin itu lagi, dia hanya ada satu mata di dahi. Tak perlulah 2 mata lagi. Tiada guna katanya lagi…

Setelah melakukan pelbagai teknik penyeksaan, jin itu keluar. Saya mengesyakki bahawa jin itu berpindah ke badan anak perempuan kesayangannya. Selepas ditanya, anaknya terasa sakit perut sebaik shj ibunya nampak reda.

Saya mulakan rukyah dan teknik mengesan namun tiada tanda ada gangguan pada badan anak itu. Kes ini masih belum selesai. Saya sertakan bahan rawatan untuk rawatan di rumah dan menyuruh pesakit datang lagi jika ada gangguan.

Kes seperti agak susah kerana jin bertindak secara external (luaran). Kes seperti ini memerlukan teknik ikat dari pesakit dan pesakit perlu melakukan amalan pendinding yang konsisten agar jin tersebut tidak mengganggu lagi.

Wallahua’lam….
 
Blogger Templates