Ads 468x60px

Kontraktor disihir

Setelah berubat ditendong, saya menghala ke kg tanjung mas,kota bharu kelantan.Disini, pesakit mengadu sesak nafas, ternampak bayangan dirumahnya, sakit kaki dan tidak lena tidur.

Diringkaskan cerita, saya dapat mengesan beberapa jenis barang sihir dengan izin Allah di rumahnya iaitu gigi, nila yang dijampi(biasanya amalan siam), cicak bakar, tanah yang dituang dgn minya dagu, debu mayat dan tanah kubur selebar setengah meter di halaman rumahnya.

Memang pengkhianat sihir itu mahu mendajalkan pesakit hingga ajal.Namun, kuasa Allah lebih hebat.Jika Dia tidak mengizinkan kematian, maka dengan cara sihir apa sekalipun, pesakit tidak akan meninggal sebelum sampai waktunya.

Selepas membuang barang sihir yang dijumpai, saya memagar rumah dengan garam rukyah dan Alhamdulilah, pesakit beransur pulih.Wallahu'alam
 
Blogger Templates