Ads 468x60px

1 SAKA... 9 Jin Menumpang

Semalam, saya bersama murid RIDAM ke pahang utk handle kes gangguan budak perempuan berumur 17 thn.

Selesai sudah persiapan rawatan, saya terus menegur pesakit. Lantas dgn itu, mesakit menepis dan marah-marah pada saya. Acap kali disebut saya ni BODOHHHHH...

Oleh kerana pesakit ini pernah dirukyah oleh sahabat saya (Ustaz Zul & Ustaz Khairul) maka saya teruskan dengan teknik penyeksaan. Memang degil betul jin ni. Setelah diseksa beberapa kali, jin ini mengaku namanya Arman dan bergama Islam. Dari jawapan yang diberi, jin itu adalah jin SAKA.

Setelah agak lama merawat, akhirnya jin itu dapat dikeluarkan.So, kitorang dah prepare nak balik. Adat ke rumah orang, tuan rumah akan menjamu tetamu yang datang. Sedang asyik menjamu selera (lebih kurang pukul 12:30mlm), pesakit td kerasukan semula. Dah sakit kepala saya memikirkannya.. Jin mana pulak ni?

Lantas, pesakit diletakkan di rumah tamu. Agak kuat dia meronta.Habis sakit satu badan. Saya teruskan teknik reflek. Rupanya masih ada 9 ekor lagi jin dalam badan. Ketuanya nama John (kristian) dan ada jugak jin Indon, Islam dan tiada agama. Pening-pening...Hampir pengsan saya memaksa jin tu keluar. Keras-keras jugak la semuanya..

Lebih kurang pukul 4:00 pg, barulah semua jin itu dpt dikeluarkan. Alhamdulillah, pesakit pulih dan ceria seperti biasa.

Yang baik hanya dari Allah...dan yang buruk hanya dari diri ini. Wallahua'lam
 
Blogger Templates