Ads 468x60px

Gangguan SAKA ibu

Semalam, saya dijemput pesakit di Pahang yang mengalami penyakit misteri. Pesakit ini terasa bahunya ditarik dan hempedunya pedih hampir setiap masa. Kakinya juga terasa kejang dan fikirannya menjadi tak tentu arah.

Sebelum merukyah, saya suruh pesakit minum air yang dirukyah kemudian saya 'spray' pada 3 anggota utama iaitu muka, tapak tangan dan kaki pesakit. Saya juga minta pesakit sapukan atar kasturi rukyah agar jin yang berada dalam badan tak selesa dengan baunya.

Jin memang tak suka bau kasturi.

Setelah merukyah, badan pesakit tertarik ke belakang dan dia menjerit kesakitan. Saya kemudiannya melakukan kaedah tarik jin senafas dan 'membuka' liang jalan jin dibahagian belakang badan pesakit dengan Surah Al-Fath:1 berulang kali.

Pesakit terasa seperti ada sesuatu keluar melalui belakang badannya tanpa henti. Saya minta pesakit mandi air limau yang dirukyah dengan segera.

Selesai pesakit mandi, keadaannya semakin reda tapi kepalanya jadi sakit. Saya rukyah dengan doa syifa' dan membayangkan penyakit itu keluar melalui ubunnya.

Alhamdulillah, pesakit semakin sembuh dan ringan badannya.

Semoga kesembuhan itu kekal dengan izin Allah. Amin
 
Blogger Templates