Ads 468x60px

Jin Siam

Saya dijemput seorang warga emas untuk mengubati isterinya yang mengidap penyakit lumpuh separuh badan (kanan anggota) di Kerteh, Terengganu.

Bersama orang kanan saya (Ustaz Azwan), kami sampai di rumah pesakit pada pukul 9 mlm.
Sebaik sahaja kereta di 'park' di bahagian 'porsh' rumah pesakit, kepala kami berdua pening serta merta. Kebiasaan pengalaman saya, itu adalah petanda sihir.

Dipendekkan cerita, saya mula mengubati pesakit dengan memberikan dia air garam kristal (produk terbaru RIDAM). Serta merta pesakit termuntah. Saya mulakan sesi rukyah dan tak semena-mena dia menari mokyong.

Bila ditanya, ianya adalah jin Siam yang diupah oleh orang yang dikenali mangsa. Pada masa ini, saya hanya memekakkan telinga kerana memang sifat jin suka fitnah manusia. So, siapa yang menyihir bukan persoalannya.Yang penting pesakit sembuh dan boleh melakukan ibadah kepada Allah S.W.T

Oleh kerana faktor usia yang lanjut, saya ringkaskan dengan menarik jin dalam badan pesakit menggunakan kaedah pasung telur.

Alhamdulillah, anggota pesakit sudah boleh digerakkan namun tidak sepenuhnya. Saya membuat sedikit urutan dan turut mengajar suami pesakit agar melakukannya secara rutin setiap pagi.

Setelah itu, saya dan Ustaz Azwan ke luar rumah untuk mencari barang sihir mengikut kaedah mata batin yang dikesan sejak awal kedatangan kami. Hampir setengah jam bermeditasi, Ustaz Azwan menjumpai banyak tompokkan serbuk putih di bawah tangga pesakit.

Tau tau apa tu...? Tu la serbuk mayat..Kat Thailand memang glamour pasal serbuk mayat ni.

saya tawarkan dengan air limau dan proses pengubatan selesai.
 
Blogger Templates