Ads 468x60px

Rawatan Selepas Seminar PD 3

Selepas mengubat pesakit di Lembah Kelang, saya bergegas ke Puchong untuk mengubat mangsa sihir yang telah lama menderita. Walaupun sudah lama berkahwin, pesakit masih tidak mendapat anak. Hasil ujian klinikal pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda abnormal. Pesakit juga mengalami masalah pada kakinya serta masalah hubungan batin suami isteri.

Diringkaskan cerita, pesakit kerasukan selepas di rukyah dan jin yang berada dalam badan adalah jin Hindu. Jenis Hindu lagi...Pening-pening..pada awalnya, jin tersebut banyak cakap berbelit-belit. Nyaris saya diperdaya. Adakalanya jin tersebut keluar dari badan pesakit.

Hal ini menyebabkan teknik penyeksaan turut sama dirasai pesakit. Lantas, saya mengulangi surah Al-Baqarah:148 untuk menghadirkan jin tersebut. Setelah jin tersebut merasuki pesakit, saya ’ikat’ ia dengan ayat Al-Fath:1...

Akhirnya jin tersebut mengalah dan keluar melalui kaki kanan pesakit.

Saya menyuruh pesakit mandi air limau yang dirukyah. Setelah itu, saya membuat proses pertanyaan terakhir kalau-kalau masih ada gangguan dalam badan pesakit. Alhamdulillah, pesakit sudah boleh bangun dan tunduk dengan baik. Gerak langkahnya juga semakin pulih dan badannya terasa semakin sihat.

Semua ini hanya dengan keizinan Allah jua. Saya sekadar berusaha dan membantu.
Wallahua’lam
 
Blogger Templates