Ads 468x60px

Rawatan Selepas Seminar PD 4

Sehari sebelum saya pulang ke Kemaman, saya dijemput En. Ariffin (peserta seminar PD) untuk mengubati seorang warga emas di Bangi. Dari kesan rukyah dan tanda fizikal pesakit, gangguan itu berpunca dari jin SAKA yang hadir melalui Ilmu Syarat Tubuh setelah bersalin.

Saya sendiri sayu bila melihat pesakit mengadu kesakitan. Yang nyata, jin yang berada dalam badan pesakit turut terseksa. Hal ini diyakini kerana pesakit sebenarnya lumpuh separuh badannya. Kerana jin dalam badan pesakit tidak tahan sakit, anggota badannya yang lumpuh terangkat dan menggeletar.

Atas dasar faktor usia, saya tidak melanjutkan proses dialog. Dengan bertawakkal pada Allah, saya menggunakan teknik tarik untuk membuang jin tersebut.

Alhamdulillah, pesakit terasa ringan badan dan lega sebaik sahaja rawatan selesai.
 
Blogger Templates