Ads 468x60px

Rawatan Selepas Seminar PD 1

Selesai sudah bersama Program Seminar Perubatan di PD, saya dijemput seorang peserta (En. Ariffin) untuk mengubati seorang sahabat di Senawang, Negeri Sembilan.

Diringkaskan cerita, pesakit mengalami gangguan hingga adakalanya kaki beliau terangkat ke atas tanpa dikawal.Setelah berbicara dengan pesakit, saya dapat mengidu punca gangguan yang dialami iaitu:-

1- Gangguan sihir kepada pesakit
2- Pesakit mempunyai SAKA keturunan
3- Gangguan jin akibat amalan salah

Tengok pada sejarah pesakit yang pernah belajar ilmu beladiri, maka saya mengikat anggota badan pesakit dengan kain terlebih dahulu. Manalah tau kot-kot terkeluar buah senibeladiri beliau, tak pasal-pasal rebah saya. Dah lama tak main gelanggang ni. Masa muda dulu ada lah.

Setelah merukyah, pesakit kerasukan dan terjadi dialog perantara antara saya dan pesakit.

Setelah ditanya dan di’seksa’ satu persatu, jumlah jin yang berada di dalam badan pesakit adalah 34 ekor. Ada jin Hindu, jin Nenek kebayan, jin Islam, jin Sakai (orang asli punya) dan macam-macam lagilah.

Jin yang berada dalam badan akhirnya mengalah dan keluar melalui kaki kiri pesakit.
 
Blogger Templates