Ads 468x60px

Rawatan Selepas Seminar PD 2

Salah seorang peserta Seminar Perubatan Islam Port Dikson menjemput saya ke rumahnya untuk mengubati beliau. Peserta ini seorang doktor yang sudah sakit sejak sekian lama. Sudah banyak pusat rawatan yang beliau cuba dan hasilnya masih sama. Beliau mengalami rasa cucukan pada badan, terasa ada sesuatu bergerak dalam badannya dan lesu.

Dengan niat bertaqarrub pada Allah, saya memulai proses rawatan dengan bacaan rukyah.Dengan keberkatan Al-Quran serta keizinan Allah, pesakit kerasukan dan bercakap Melayu slang India.

Setelah diseksa, jin tersebut mengaku mempunyai pengikut seramai 100 lebih dalam badan badan pesakit termasuk suami dan anak lelakinya. Dia juga mengaku dihantar oleh seorang sami Hindu di sebuah kuil yang dikenali di Selangor. Banyak tu.....!

Saya juga bertanyakan barang sihir yang diguna. Ada 4 barang sihir yang diguna untuk menyihir mangsa iaitu 3 jenis patung wanita yang dibalut kain kuning dan gambar yang diikat pada patung kayu.

Saya menyuruh jin tersebut mengambil dan membuang barang sihir tersebut. Jin itu menangis ketakutan kerana katanya kuasa sami Hindu tu amat kuat. Dia tak mampu mengambil nya.

Pada ketika ini saya mengunakan ’teknik mata batin’ dengan memegang kepala pesakit. Saya gunakan ayat pembuka dan mengarahkan jin tersebut membawa saya ke tempat barang sihir tersebut.

3 patung wanita diletakkan di 3 tempat yang kesemuanya disorok di celahan gua batu kapur. Patung sihir yang diikat gambar mangsa diletakkan di bawah katil sami laknatullah tersebut. Masyaallah, dalam proses mencari barang sihir yang terakhir tersebut, saya tergaman kerana banyaknya gambar mangsa lain yang amnya berbangsa Melayu!

Kenapa sampai begini jahat manusia di zaman ini yang menggunakan sihir untuk menjatuhkan lawan? Tidakkah mereka sedar akan dosa melakukan sihir?

Walaupun pertanyaan demi pertanyaan bermain dibenak fikiran saya, saya merasa ’energy’ saya semakin lemah dan tanpa membuang masa, saya mengambil barang sihir yang dimaksudkan dan membuangnya.

Alhamdulillah, penyakit pesakit berkurangan. Namun begitu, rasa sakit pada lengan kanannya masih ada. Pada anggapan saya, itu mungkin tindak balas dari kesan gangguan. Dari pengalaman lepas, adakalnya penyakit sihir boleh berakhir dengan penyakit fizikal. Ini kerana, gangguan jin boleh mengganggu proses aliran darah manusia dalam badan menyebabkan sistem imunisasi tubuh terganggu.

Saya harapkan kesembuhan beliau dengan keizinan Allah. Semoga beliau sihat dan dapat menjalani tugas hariannya serta lebih takwa beliau pada Allah robbul a’lamin.
 
Blogger Templates