Ads 468x60px

Pengalaman Merawat Sblm Seminar KL - 1

Sehari sebelum seminar di Universiti Malaya, saya dijemput untuk mengubati seorang pesakit di Serdang, Selangor. Pesakit ini pernah menjalani beberapa sesi rawatan dengan muallij sekitar Selangor. Hasil rawatan menunjukkan bahawa dia disihir dan jin yang ada dalam badan pesakit amat degil untuk keluar dari badan.Sewaktu sesi rawatan yang dijalankan juga, anaknya yang masih kecil akan menangis seperti ada gangguan dikenakan padanya.

Saya ringkaskan cerita pada teknik rawatan yang selalu saya gunakan. Jin yang berada dalam badan pesakit akhirnya berdialog. Memang degil sungguh. Berkali-kali diberikan ayat seksa dan teknik penyeksaan, barulah jin tersebut mengaku bahawa dia adalah ketua kepada 100 ekor jin yang ada dalam badan pesakit. Dia juga mengakui bahawa ada ikatan setia-janji dengan penyihir untuk menyakiti pesakit. Jin itu juga memberitahu tempat barang sihir diletakkan.

Saya gunakan kaedah tarik dan pesakit sedar.Saya menyuruhnya mandi dengan air limau rukyah. Setlah itu, pesakit di 'scan' kembali. Nampaknya, gangguan pada pesakit masih ada. Pesakit duduk termenung dan menangis tanpa sebab.

Kerana kesuntukan masa (masih ada appointmnt ke-2), saya menyegerakan rawatan untuk kali ke-2. Pesakit kerasukan. Maka terjadilah dialog antara saya dan pesakit(jin dalam badan).

Sy: Ni yang mana pulak ni?

Pesakit: Ni yang tadilah bongok!!

Saya: Dah tu, yang aku tarik kluar tadi yang mana? Bukan main berat lagi.
Pesakit: Yang tadi tu semua anak buah aku. Tinggal aku seorang je lagi. Aku tak nak keluar.Aku dah janji.

Saya: Kau kan dah bersumpah nak keluar tadi? Aku bagi amaran terakhir sebelum aku azab kamu dengan izin Allah..

Pesakit: Aku tak nak keluar.Aku tak nak keluar...!!!

Saya tidak lagi mengendahkannya. Lantas, saya terus lakukan kaedah tarik dan alhamdulillah, pesakit sembuh dari gangguan.

Saya ajarkan amalan tauhid dan pendinding pada pesakit. Tempat yang disyakki barang sihir tersebut saya suruh tawarkan dengan air garam yang dirukyah.

Saya hanya berikhtiar dan berusaha. Kesembuhan terjadi denga izin Allah.

Wallahu'alam
 
Blogger Templates