Ads 468x60px

Pengalaman Merawat Sblm Seminar KL - 2

Saya dijemput seorang sahabat (saya anggap seperti abg sendiri) mengubatinya di Kuala Lumpur. Sahabat saya itu datangnya dari Penang. Dia terasa seperti ada 'sesuatu' bergerak dalam anggota badannya. Dia juga hilang fokus dalam kerja, moody dan punyai masalah lambat jodoh.

Diringkaskan cerita, proses pengubatan dilakukan di rumah abangnya di Puncak Alam (Shah Alam). Seperti biasa,saya akan ajarkan nasihat tauhid kepada pesakit sebelum rawatan dimulakan. Saya ingatkan bahawa kesembuhan hanya terjadi dengan keizinan Allah.Saya hanya menjampi dan berusaha dengan ilmu yang tidak seberapa ini.

Saya mulakan dengan membaca ayat-ayat rukyah pada bahan rawatan yang disediakan iaitu air, madu dan minyak zaitun. Kemudian, barulah rawatan dilakukan kepada pesakit. Saya beri minum air yang dijampi sebagai rawatan asas dalaman (internal healing).Seterusnya, saya percikkan (spray) air rukyah ke 3 anggota pesakit iaitu muka, tapak tangan dan tapak kaki. Saya bertanya kepada beliau kalau-kalau ada simpton atau tindak balas gangguan padanya.

Memang ada tindak balas. Denyutan yang selalu dialami terjadi. saya lanjutkan proses rawatan dengan bacaan rukyah padanya. Hasilnya tetap sama. Denyutan yang selalu dialami terjadi lagi. Saya dah rasa tak sedap hati kerana rasa gangguan 'kadang-kadang ada, kadang-kadang normal'.

Saya cuba buat kaedah 'tarik senafas'. Memang pelik. Sewaktu dibacakan ayat 'tarik', memang saya dapat rasai gangguan yang ada dalam badan pesakit.Tapi, ianya hilang sebaik sahaja teknik tarik dilakukan.

Hal yang sama terjadi sewaktu saya membuat scanning pada jari pesakit.Naik pening dibuatnya. Saya menemui jalan buntu!!!

Dalam kes seperti ini, biasanya saya akan menggunakan kaedah 'mata batin' untuk di explore dan mengesan simpton / punca penyakit. Namun, keadaan diri yang pada ketika itu yang keletihan dan tidak cukup tidur menghalang saya dari melakukannya. Badan yang lemah akan mengakibatkan energy yang diperlukan untuk perjalanan 'mata batin' tidak mencukupi.

Saya tidak berputus asa.Bagi saya, biarlah pesakit berpuas hati dengan usaha dan penat lelah beliau datang dari jauh semata-mata untuk berubat.Kalau tak hilang terus pun, biarlah ada sedikit perubahannya. Ni,tak hilang langsung!!

Saya menghubungi guru saya di Kelantan. Daripada kata guru saya, sahabat saya itu mendapat gangguan external (luaran). Jin yang mengganggunya akan lari sebentar bila mendengar ayat rukyah dan kemudian datang semula mengganggu pesakit. Dia menyarankan agar saya dan pesakit berubat di muka pintu rumah. Di pintu rumah adalah tempat jin jenis ini 'lari' dari badan pesakit.

Pesakit disuruh duduk belunjur menghala ke pintu. Saya dinasihati guru agar duduk 3 langkah di belakang pesakit. Guru saya menegah saya untuk melihat ke pintu rumah sewaktu proses rawatan ini kerana katanya, jenis gangguan pada sahabat saya itu adalah jenis IFRIT yang ganas. Risiko untuk perawat mendapat tempias pesakit amat tinggi.

Saya lanjutkan dengan bacaan rukyah yang disarankan oleh guru dan kemudian mendekati belakang badan pesakit dan menepuk belakangnya sebagai tanda isyarat membuang penyakit.

Adus....still tiada kesan. Gangguan yang dirasakan masih ada. Macam mana lak ni nak buat? Saya menelefon guru saya kembali. Atas nasihat beliau, pesakit disuruh minum air daun kelor dan bahan rawatan yang disediakan. Memang jangka kesembuhannya mengambil masa yang lama. Pesakit dinasihatkan agar bersabar dan jangan berputus ajar.

*Saya sebagai perawat pada malam itu berasa amat sedih dan kecewa kerana tidak berjaya membantu sahabat tersebut. Kesedihannya ini saya luahkan pada guru saya dengan menefon beliau buat kali ke-3 pada malam yang sama.

Nasihat guru saya:
Nikmat anggota badan yang Allah S.W.T bagi tidak dapat dibayar dengan apa jua nilai harta dan wang ringgit. Bayangkan...sebiji mata yang Allah S.W.T beri pun tidak dapat dibayar dengan tempoh ibadat selama 500 tahun lamanya. Kalau nikmat kesihatan jasmani yang diberi selama ini ditarik sedikit darinya, kenapa tidak katakan rasa syukur atas kesihatan yang dirasai selama ini?

Kelewatan dalam kesembuhan penyakit ada 2 sebab iaitu samada:
1) Allah mahu memberi lebih pahala kepada pesakit tersebut. Pahala yang dimaksudkan ialah pahala sifat sabar. Lagi banyak sifat sabar, maka lagi banyak pahala dan rahmat Allah yan diberi. Sesetengah ulamak menyatakan bahawa orang yang mati akibat buatan sihir dikira mati syahid.

2) Allah mahu pesakit ingat pada-Nya. Mungkin selama ini pesakit lalai dan melupaiNya.Namun, tika sakit ditimpakan sebagai ujian, barulah kalimah Allah tertera di hati.Barulah mengenal solat.Barulah mengenal hidup Islamiah dan barulah mengenal syariat.Ini menunjukkan Allah s.w.t sayang padanya.Allah kan Maha Ar-Rahman, Maha Ar-Rahim. Pesakit seharusnya bersyukur bahawa dia sebenarnya masih di bawah rahmat Allah.


Sebagai manusia biasa, saya bersyukur kerana ada diantara rawatan yang dilakukan tidak berjaya kerana ini menunjukkan bahawa doa seorang hamba biasa seperti saya ini adakalanya makbul dan adakalanya tidak. Hal ini menjaga diri agar terhindar dari sifat ujub dan riak.

Saya doakan agar pesakit sembuh dan bahagia dengan kehidupannya. Mungkin masih ada Muallij di luar sana yang dapat membantu beliau atau mungkin kesembuhan penyakitnya boleh dirawat dengan dirinya sendiri.

Wallahu'alam
 
Blogger Templates