Ads 468x60px

Pengalaman Merawat Slps Seminar Melaka 3

Perjalan mengubat diteruskan ke Port Dikson

Suami pesakit mengadu mempunyai masalah dengan Isterinya yang kuat cemburu. Isterinya juga dipercayai mempunyai masalah gangguan sihir dan saka yang serius.

Saya mulakan rawatan dan isterinya mengadu kesakitan. Sudah beberapa teknik saya gunakan dan hasilnya tetap sama.

Gangguan yang dialami isterinya ialah jenis external. Maksudnya, jin menyerang mangsa dari luar. Keadaan ini menyebabkan pesakit akan segera sembuh bila mengadap perawat dan akan kembali sakit bila pulang ke rumah.

Rawatan seperti ini akan mengalami masa yang panjang dan pesakit haru banyak bersabar serta jangan putus asa. Saya minta izin pada tuan rumah untuk solat hajat agar diberikan ilham dalam membantu pasangan pesakit ini.

Selesai solat hajat, saya repeat dari awal proses pengubatan. Akhirnya jin tersebut bercakap melalui badan pesakit. Patutlah nampak gengster sangat. Umur dia pun dah 1000 tahun!

Dalam hal umur jin yang sudah lanjut begini, saya menghela nafas panjang kerana tahu akan masa pengubatannya agak panjang.

Saya tangguhkan dahulu proses pengubatan dan insyaallah akan disambung pada akhir bulan Mac ini.
 
Blogger Templates