Ads 468x60px

Pengalaman Merawat Slps Seminar Melaka 2

Seorang lagi peserta kursus menjemput saya ke rumahnya.Beliau mengalami masalah sakit saraf dibahagian peha kiri selama 10 tahun. Sudah ramai doktor yang ditemui dan ujian klinikal menunjukkan dia tidak mempunyai apa-apa masalah.

Kaedah rawatan yang biasa saya guna dilakukan pada pesakit. Pesakit menjerit setelah kerasukan.

Saya: Siapa nama kamu ni?

Pesakit: Namaku Mak Limah

Saya: Kamu ni ada tuan ker?

Pesakit: Ada.Tapi dah lama mati.Tuan aku suruh aku dok ngan dia (pesakit) ni. Aku tak suka tengok dia.

Saya: Dah lama ke kau dok ganggu di ni?

Pesakit: Dah 10 tahun. Peha dia ni aku yang buat. Tolonglah ustaz.Sakit ni.

Saya: Ada barang sihir tak tuan kau letak?

Pesakit: Tak ada. (Lantas saya keraskan sikit teknik seksa.) Ada...Ada..

Saya: Ada berapa?

Pesakit: Ada 2. Satu kat depan umah di bawah pasu bunga putih.

Saya: Barang sihir jenis apa?

Pesakit: Tu tulang orang. Tulang tangan mayat anaknya sendiri.

Saya: Masyaallah....Dah, yang kat belakang pulak apa?

Pesakit: Tuan aku siram dengan air kubur kat pokok kelapa. Kalau tak percaya kau gi la tengok. Mana ada semut, ayam atau itik yang main kat pokok tu.

*Saya bertanya pada keluarga pesakit. Setakat maklumat yang diterangkan, memang sahih ceritanya.

Kerana kesuntukkan masa, saya terus menarik jin tersebut dan alhamdulillah, kesakitan pesakit yang dialaminya selama 10 tahun sudah sembuh serta- merta.

Saya nasihatkan agar pesakit tersebut membuang barang sihir yang dinyatakan. Barang sihir yang dibelakang rumah ditawarkan dengan air garam rukyah. Saya juga nasihatkan diri saya dan pesakit agar kuat & teguh berpegang pada syariat Islam. Jangan masa sakit baru nak ingat Allah...Dah sihat, syariat hilang entah ke mana.

Rawatan selesai setakat itu kerana saya perlu ke Port Dickson untuk mengubati masalah sihir dan saka pemisah yang agak kronik.
 
Blogger Templates