Ads 468x60px

Pengalaman Merawat Slps Seminar Melaka 1

Saya dijemput peserta kursus untuk mengubati beliau dan isteri serta kakak iparnya selepas program Seminar.

Merawat Kakak iparnya
Selepas ditanyakan simptom yang ada, saya memulakan bacaan rukyah. Jangkaan saya tepat pesakit tidak mempunyai masalah gangguan. Penyakit yang dialami adalah berpunca dari ketidak stabilan aliran darah dalam badan dan masalah pada rahimmnya menyebabkan sistem kitaran haidnya terganggu. Saya menyuruh pesakit untuk mengamalkan minum cuka epal dan minyak masak zaitun sebagai penawar kpd penyakitnya.

Merawat Isteri Pesakit
Semasa sesi merawat kakak ipar, isteri pesakit memberitahu bahawa dia kebas pada jari tangannya selepas mendengar himpunan bacaan rukyah. Saya mulakan rawatan dan dikala itu, perutnya memulas, jari manis tangannya kebas dan tulang belakangnya sakit.

Walaupun diperdengarkan rukyah, jin yang berada dlm badan tidak menunjukkan dirinya. Saya guna kaedah scanning dan pesakit mengaduh kesakitan. Lalu bercakaplah jin melalui badan pesakit agar tidak menggunakan kaedah tersebut kerana tidak tahan sakitnya.

Saya tidak mengendahkan permintaannya. Lalu, mengakulah jin tersebut yang bernama Sakinah (jin islam).Menurut jin tersebut, ada lagi lima ekor kawannya dalam badan tersebut. Jin ini adalah jin sihir yang ditangkap.Setelah lama menggunakan teknik seksa, jin tersebut memberitahu satu-persatu barang sihir yang ditanam. Mudah sket kejer ;D

Saya bertanya dengan baik ketika menyuruh jin tersebut keluar dari badan mangsa.Namun, jin yang bernama Sakinah itu mengeleng ketakutan takut andai dia dibunuh 'tuan'nya.Saya tawarkan perlindungan dengan memohon keizinan Allah.Saya arahkan dia ke Mekah dan berguru dengan jin Islam di sana. Dia bersetuju dan akhirnya keluar melalui kaki kiri pesakit.

Pesakit
Saya kemudiannya mengubati pesakit dan rupanya, gangguan yan dialami adalah tempias dari gngguan sihir yang dikenakan pada isterinya.Proses mengubati pesakit ini tidak lama kerana kesannya juga tidaklah seberapa.

Isteri pesakit lagi
saya membuat scanning terakhir dan terkejut kerana simptom gangguan masih ada. Rupanya, masih ada lagi sekelompok jin yang belum keluar.Nama jin ini adalah Samtom (jin siam).Dia juga adalah jin sihir yang dihantar melalui sihir makanan oleh orang yang jatuh hati padanya.Jawapan dari lanjutan pertanyaan menunjukkan bahawa masih ada 5 jin lagi dalam badan pesakit. Saya kemudiannya membuat kaedah pasung telur dan merasa amat keletihan selepas itu.

Saya kemudiannya menyuruh pesakit mandi dengan air limau rukyah. Selepas itu, saya membuat scanning terkhir dan sungguh terkejut kerana jin Sakinah masuk semula dalam badan.macam mana pulak tu?

Menurut Sakinah, dia sesat untuk pergi ke Makkah.lalu, saya gunakan kaedah tarik dan pesakit lega dari penyakitnya.

Saya mengingatkan kepada pesakit dan isterinya agar yakin pada kuasa Allah.Bukan pada saya.Saya hanya berusaha mendoakan kesihatannya.Hasilnya adalah dari Allah jua.

Proses rawatan selesai selepas hampir 4 jam merawat.
 
Blogger Templates