Ads 468x60px

Barang Sihir 3 Plastik Hitam!!

Minggu lepas, saya dijemput sahabat dari Jerantut (Ust. Khairul & Ust. Zul) untuk mengubati seorang pesakit yang menghidapi penyakit nyanyuk.

Bersama orang kanan saya (Ustaz Azwan), kami sampai di rumah pesakit selepas waktu zohor. Masyaallah, sedih sungguh keadaan pesakit bila dilihat. Dia tidak mampu untuk bergerak dan tidak mengenali isterinya sendiri!

Saya mulakan sesi rukyah dan dapat rasakan aura negatif berada disekitar rumah. Setelah beberapa kali dicuba, pandangan batin saya kelam untuk melihat atau mencari punca tersebut.

Untuk tidak menghampakan tuan rumah, saya berikhtiar dan berusaha lagi. Pandangan saya seperti dihalang. Kebuntuan itu saya adukan pada guru saya melalui telefon. Benar, pandangan saya disekat kerana barang sihir yang dimaksudkan betul-betul berada di bawah saya (bawah rumah).saya seperti ditutupi kabus tebal yang samar.

Saya segera ke kawasan yang disyakki..Pada tika ini, Ustaz Azwan mengambil alih.Memang bab-bab kesan barang sihir secara fizikal saya amanahkan padanya. Memang terkejut bila menjumpai barang sihir. Hampir tiga beg plastik sampah hitam semuanya!

Ada tanah kubur, debu mayat dan tulang manusia! Jenuh memunggah barang sihir tersebut ke dalam plastik..

Hampir setengah jam bertingguk di bawah rumah, akhirnya, semua barang sihir berjaya dikeluarkan. Barang sihir itu kemudiannya ditawarkan dengan cuka getah yang dirukyah.

Saya beralih kepada rawatan kepada pesakit sekali lagi..Nampaknya, masih ada gangguan jin pada jasadnya. Saya mulakan teknik senafas dah halau keluar secara kumpulan. Selesai sudah rawatan, saya terasa kepedihan pada tapak tangan kanan. Masyaallah..tangan saya melecur! Pedih toksah cakap la..

Walaupun kesakitan, saya redha. Yang penting, gangguan pada pesakit berjaya dibuang dengan izin Allah.

Walaupun semua barang sihir telah dibuang, gangguan penyakit kepada pesakit telah menjadi penyakit fizikal. Hanya ucapan sabar dan tauhid saya terapkan pada keluarga pesakit agar redha dengan ujian yang menimpa. Wallahua'lam



Gambar: Ustaz Azwan menawar barang sihir dengan cuka getah rukyah
 
Blogger Templates