Ads 468x60px

Jin pindah ke bandar

Saya dihubungi seorang rakan yang mengalami masalah berkaitan pekerja wanitanya nya. Kerana waktu sahabat saya menelefon, saya sedang merawat pesakit di RIDAM. Saya syorkan agar dia membawa pekerjanya ke RIDAM dengan segera.

Sejam kemudian, sahabat saya dan isteri membawa pekerja wanita yang dimaksudkan. Dari keadaan fizikal yang dilihat, wanita itu terketar-ketar hingga tidak mampu mengucap. Nau’zubillah...

Sementara menunggu rawatan dijalankan ke atasnya, saya berikan air rukyah sebagai ’internal healing’ agar jika gangguan ada dalam tubuhnya, ia berupaya tidak ’senang duduk’ dan minta keluar secara baik..Jin kan boleh mengalir hingga ke pembuluh darah. Sebab itu saya gunakan air sebagai medium perantara untuk masuk ke anggota badan sebelum rawatan seterusnya dimulakan.

Rawatan dimulakan ke atas wanita tersebut sebaik sahaja pesakit sebelumnya pulang. Memang ’cap ayam’ betul jin ni..Baru baca Al-Fatihah sampai ayat ke-4 dah meraung. Tapi itu baru peringkat awal...Sedar tak sedar, dah hampir 2 jam, jin dalam badan tak mahu jugak keluar.

Kerana kuatnya dia meronta, kain yang digunakan untuk mengikatnya terlerai!! Sahabat saya juga terpelanting setelah ditendangnya...Memang dasyat sungguh..Isteri saya sampai bengkak jari manisnya sewaktu hendak mengikat pesakit tersebut dari meronta tak tentu hala...

Pening-pening....Ada jugak saya guna teknik sembelih...tapi tak mati-mati jugak...Kaedah lontar api pun ada gak guna...Last-last, saya mohon pada Allah agar dimudahkan proses rawatan.

Oooo....teknik DBS tak guna lagi...SO, saya lanjut pada kaedah yang masih dalam R&D ini dan alhamdulillah, jin tu jadi diam..Akhirnya, dia bersetuju untuk berdialog secara baik.

Nama jin itu Raja Serhojodo (agama Buddha). Dulu asalnya dari kampung.Tapi dia akhirnya menetap dibandar (sebuah pasaraya) bersama sahabatnya.

Erm...memang dah era zaman moden agaknya. Jin pun nak migrasi.Ingatkan orang kampung jer yang pindah ke bandar...

Saya tawarkan dia berpindah ke tempat lain kerana pasaraya bukan tempatnya..Nanti manusia pijak macam mana? Manusia mana nampak. Wanita ni di ganggu pun kerana memijaknya sewaktu sedang tidur.. Apalah salah wanita tu...Bukannya dia nampak pun.

Dah banyak kali offer, saya akhirnya pindahkan jin tersebut ke dalam botol putih dan mengisyaraktkan kurungan dengan YaSin:9.. Alhamdulillah, akhirnya pesakit tersebut sedar sepenuhnya.

Tapi, kes tarik jin dalam botol memang berlainan. Sepanjang saya merawat, tak pernah botol putih yang digunakan terasa amat berat selepas jin dikurung.. Ingatkan saya syok sendiri...Bukan...Isteri, sahabat dan ahli keluarga wanita tersebut turut merasainya..

Saya sudahi dengan ajaran tauhid pada pesakit dan pohon agar Allah merahmatinya selalu.
 
Blogger Templates