Ads 468x60px

Serangan Bunian

Minggu lepas, saya bersama 2 orang sahabat berkhemah di sebuah kawasan air terjun. Memang dah hobi saya suka berkhemah di hutan, di tepi sungai, air terjun atau pantai.Kalau dalam sebulan tak berkhemah, rasa tak puas. Hobi ini saya pupuk sejak dari zaman sekolah. Saya memang suka mendengar bunyian alam. Sekali-sekala nak jugak duduk jauh dari kebisingan kota.

Salah seorang sahabat yang turut serta beragama Kristian. Walaupun punyai perbezaan agama, hubungan persahabatan kami tetap erat kerana sifat saling menghormati antara satu sama lain.

Dipendekkan cerita, saya dan seorang lagi sahabat solat Isyak jemaah pada malamnya. Pada rakaat pertama, proses solat berjalan dengan baik.Namun, saya selaku Imam pada malam itu terganggu sebaik sahaja membaca Al-Fatihah pada rakaat kedua. Mana tak terkejutnya. Makmum sorang jer..tapi yang jawab 'AMIN' macam makmum penuh satu surau. Masyaallah...bala apa pulak ni?..Tak khusyuk saya dibuatnya. Namun, saya teruskan mengimani solat hingga selesai.

Sewaktu dalam wirid, kepala saya terasa pening. Tapi, hal itu tak dpt saya luahkan pada sahabat saya yang menjadi makmum pada malam itu.Seorang lagi sahabat saya yang beragama Kristian dah lentok dalam kereta.

Saya semakin panik. Kepala semakin pening, tapi mulut saya tak dapat berhenti dari meneruskan zikir selepas solat. Pada tika itulah, pokok buluh dan pohon sekitar tempat kami berkhemah ditiup angin yang amat kencang. Dalam situasi angin kencang tersebut, saya melihat kelibat wanita cantik datang menghala ke arah saya. Dia memberi salam dengan baik. Salamnya saya sambut.

Saya: Waalaikumsalam.Ada apa wahai makhluk Allah.
Bunian: Nama saya Siti Fatimah.Saya bawa berita dari ayah.Dia ketua di sini.
Saya: Apa beritanya? - (Saya hanya melayan dengan ringkas)
Bunian: Hj Ali pelawa ustaz tinggal di sini dengan kaum kami dan...
Saya: Dan apa...?
Bunian: Dan kahwin dengan anaknya (pada tika ini, Siti Hajar tersenyum malu).

* Saya dah dpt mengagak kesimpulannya

Saya: Siapa anaknya?
Bunian: Saya la.... (senyumnya malu-malu...tapi saya pulak yang tergaman dan kecut perut).

Syukur..pada tika itu fikiran saya masih dalam lindungan Allah. Kita di Malaysia yang bermazhab Syafie tidak boleh berkahwin dengan jin!

Saya: Siti Fatimah.Saya minta maaf banyak-banyak sebab tak mampu tunaikan hajat ayah awak tu. Saya punyai isteri yang tidak bekerja dan 2 org anak yg masih kecil. Saya tahu dengan undang-undang bunian. Sudah tentu saya tak dapat pulang ke alam asal kan? Nak jumpa keluarga pun dengan mimpi kan?

* Siti Fatimah mengangguk perlahan. Ketika itu, saya lihat matanya bergenang mcm nak menangis.

Bunian: Tapi Ustaz tetap boleh jumpa walaupun kot mimpi. Jumpa jugak kan?
saya: memanglah jumpa, tapi tak sama. Saya minta maaf. Kirim salam pada Hj Ali.Cuma pohon keizinan untuk bermalam di sini kalau ini tempat kamu.Esok saya balik.

*Siti Fatimah tidak menjawab. Dia hanya berlalu pergi dengan langkah yang agak marah kalau dilihat dari gayanya.

Saya kemudiannya tersedar. Saya lihat ke arah makmum yang asyik berzikir.Mcm tak berlaku apa-apa...Saya tunggu jugak kalau-kalau sahabat saya tu lihat saya didatangi Siti Fatimah..tapi last-last, mcm tiada apa yang berlaku.

Selesai solat, saya rasa tak sedap hati. Saya ambil keputusan untuk pulang. Namun, sahabat saya (kristian) tak mahu pulang sebab katanya esok nak mandi air terjun disebelah hilir. adus...kena mengalah la jawabnya. malam tu kami tak tidur sebab berbual kosong. Walaupun begitu, hati saya tak tenang.Terasa ada satu bencana yang mungkin akan saya hadapi....

Kami bersembang hingga masuk waktu subuh...Selesai solat subuh berjemaah, kami terdengar seperti langkah kumpulan manusia melihat kami. Kami mengambil keputusan untuk berdiam diri. Sebaik sahaja terbit matahari, tiada lagi gangguan yang dialami.

Kami bertolak sebelum zohor dan sampai ke rumah pada pukul 2 petang.

Kisah bermula:

Mulai malam selepas saya pulang dari berkhemah, suhu badan saya naik panas mendadak. Jangka suhu menunjukkan bacaan 39.6 celcius!!! Masyaallah, ujian apa pulak ni? Ditambah pula, isteri saya mengadu melihat saya mengigau setiap malam sambil menyebut "aku taknak kahwin dengan mu!!!aku dah ada bini!!!"...

Hari ke-4, demam saya masih belum kebah (hilang).selama 4 hari itulah juga saya melihat kelibat Siti Fatimah. kadang-kadang terasa ada makmum sewaktu saya solat berseorangan..

Tiada pilihan lain, saya adukan pada Guru saya...

Kata guru, bunian tu memang nak sangat kawin dgn saya.Dia suruh saya berubat dengan segera sebelum bunian itu kacau isteri dan anak-anak untuk saya setuju..

Tapi mcm mana nak berubat kalau diri sendiri yang sakit?

Pada tika ini,guru saya mengajar isteri saya untuk mengubati saya. Disuruhnya membaca Al-Fatihah 17 kali, Ayatul Qursi 17 kali, 3 Qul (setiap satu 17 kali) dan selawat sebanyak 17 kali pada sebaldi air.

Saya pula dikhendaki duduk berlunjur dihadapan rumah selepas jam 12 malam untuk dimandikan.

Alhamdulillah, sebaik sahaja selesai rawatan mandian, suhu badan saya beransur pulih.Saya sihat sepenuhnya selepas hari ke-5.

Cuma yang menjadi tanda tanya, kenapa Bunian yang nak pinang saya? Dah tak ada manusia ker yang nak kahwin dengan saya? Saya termenung sendirian bila memikikan hal ini. Wallahua'lam
 
Blogger Templates