Ads 468x60px

Diserang

Assalamualaikum w.b.t

Artikal ini ditujukan khusus untuk perawat Islam, bakal perawat Islam dan masyarakat am.

Tiga hari lepas, saya dikunjungi pesakit wanita veteran yang mengalami masalah tidak dpt tidur malam, sesak dada dan bengkak kaki kanan. Dipendekkan cerita, saya merawatnya dengan bacaan rukyah yang sentiasa diamalkan.

Dengan izin Allah, penyakit yang dideritai pesakit sembuh serta merta.Sesudah itu, pesakit pulang dengan gembira.

Malam itu, saya merasakan mata saya amat berat untuk ditutup walaupun sudah menguap beberapa kali.Saya merasakan ada 'sesuatu' yang tidak kena. Lantas, saya ambil wudhuk dan melabuhkan semula kepala di bantal. Saya ulang beberapa kali doa susah tidur dan alhamdulillah saya terlena.

Saya bermimpi didatangi jelmaan pesakit yang saya ubati tadi. dia mengangkat jari telunjuk sebagai tanda amaran yang saya sedia faham maksudnya. Sebelum sempat saya berdialog, saya tersedar selepas mendengar tangisan anak sulong saya. Saya beristighfar panjang.

Kebiasaannya, jika saya mengalami mimpi buruk, saya akan ambil wudhuk sebelum menyambung tidur semula. Dikala menjejak kaki ke lantai, tapak kaki saya terasa amat sakit. Namun, saya gagahkan juga untuk ke tandas.

Saya juga membuat 'diagnos' pada diri saya sendiri melalui kesan iridiologi, refleksologi dan point saraf.Tulang kaki juga di periksa takut-takut ada kesan retak tanpa disedari..

Masyaallah...semua normal...Apa pulak la ujian ni?

Saya membuat aturan nafas mata batin selepas solat dhuha pada paginya. Alhamdulillah, punca telah saya temui. Dari gambaran yang diamati, saya teringat kepada pesakit veteran yang saya ubati sahari sebelumnya. Memang saya lupa nak 'pagar diri' sewaktu merawat beliau. Kesan sakit yang dialami adalah 'infection' dari pesakit tersebut.

Saya yakin dengan kekuasaan Allah bahawa Dia-lah yang menentu segalanya.Pada kali ini, apa yang terlintas di fikiran saya hanyalah dua perkara iaitu Minyak Zaitun dan doa nabi Yunus.

Gerak hati mengatakan agar saya mengamalkan zikir tersebut sehingga sembuh. Minyak zaitun itu pula saya rukyah dengan doa syifa kemudian disapu pada tempat sakit.

Alhamdulillah, sakit yang dialami berkurangan dan saya tidak lagi berjalan terhenjot-henjot sewaktu artikal ini dikarang.

Jika difikirkan, besar juga dugaan sebagai perawat ini. Namun itu bukanlah penghalang bagi saya untuk terus membantu disamping berdakwah pada mereka yang memerlukan. Ujian yang saya lalui ini saya anggapkan sebagai 'hadiah' dari Allah kerana:

1- Allah masih sayang pada saya. Kesakitan itu menjadikan saya cekal dan peringatan untuk saya lebih bertawakkal pada-Nya.
2- Ia adalah peringatan untuk saya tidak lalai dan membuat benteng diri sebelum merawat.
3- Juga sebagai panduan untuk perawat khususnya.

'Ya Allah...teguhkan imanku, kuatkan semangat ku, bantu aku dalam perjuangan dan lindungi aku dari serangan musuh-Mu...amin'

Wallahua'lam
 
Blogger Templates