Ads 468x60px

Perjalanan Perjuangan

Assalamualaikum...

Semasa saya melayari blog-blog rawatan yang dikendalikan oleh sahabat perjuangan, saya bersyukur kerana banyaknya kursus atau seminar perubatan sedang dianjurkan bagi memudahkan ilmu merawat penyakit secara alternatif Islam berkembang sekaligus membantu mereka yang memerlukan.

Seminar atau kursus perubatan yang kini pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan mengingatkan nostalgia lama dalam saya menuntut ilmu ini dengan segala susah-payah dan pahit gentir sebelum memperolehinya. Kalaulah dari dulu ada seminar perubatan seperti hari ini, alangkah mudahnya perjuangan. Mereka seharusnya bersyukur dengan peluang yang Allah berikan. Ikutilah dan pelajarilah...

Sejak dari umur saya 10 tahun, saya memang sudah sedia terdedah dengan perkara mistik bila emak saudara saya sendiri diberi kelebihan oleh Allah ilmu berkenaan merawat penyakit misteri. Saya memanggilnya Mak Ngah. Mak Ngah saya memang menerima ujian yang kuat sebelum dia boleh merawat. Dia juga antara mangsa sihir. Mungkin dengan berkat kesabarannya, dia mendapat kurniaan begitu.

Entah kenapa, sejak dari itu, saya berazam untuk mengusai ilmu mistik setelah melihat betapa azab dan sedihnya keadaan pesakit yang dirawat Mak Ngah.Mama saya juga pernah menjadi mangsa sihir. Setiap kali selepas solat, saya tidak lupa berdoa kepada Allah agar dimudahkan jalan bagi saya mempelajari ilmu ini.

Pernah juga saya minta nak belajar dengan Mak Ngah.Tapi dia menolak kerana mengatakan saya masih kecil. Berkali-kali di minta, akhirnya dia meletakkan syarat selepas umur saya 17 tahun baru boleh belajar dengannya.

Pengalaman pertama:
Seingat saya ketika berumur 10 tahun (sekitar bulan September), saya melihat dua orang pesakit datang ke tempat Mak Ngah saya berubat pada hal orang kedua (nenek bongkok 3) itu adalah jin saka yang menumpang. Dari itu, saya hanya mencuba membacakan Ayatul Qursi sebanyak 7 kali dan hembus pada nenek tersebut.Saya bayangkan hembusan yang dibaca seakan-akan angin ribut yang kuat menuju ke arahnya. Pada masa yang sama, Mak Ngah meneruskan rawatannya. Dengan izin Allah, hancur luruh semua anggota badan nenek tersebut dan pesakit sembuh. Saya tidak pasti samada Mak Ngah tahu atau tidak akan hal itu. Tapi, senyumannya ke arah saya semasa rawatan mungkin dia tahu.

Mulai dari itu, saya menjadi pembantu Mak Ngah secara senyap jika berkesempatan bersama waktu beliau merawat. Hal itu saya diamkan sehingga saya remaja.

Dilawat Jin Islam:
Ketika berumur 14 tahun, saya mengidap penyakit campak yang menyebabkan sukar untuk tidur malam. Rasa gatal dan miang tersebut saya adukan pada Arwah nenek yang menjaga saya. Pada malam itulah (sekitar jam 2 pagi), saya mendengar ketukan pintu diiringi dengan salam sebanyak 3 kali. Nenek dah tidur pada ketika itu. Lantas, saya bingkas bangun dan membuka pintu tanpa rasa sedikit pun perasaan gementar.

Subhanallah...di hadapan saya berdirinya seorang lelaki yang putih bersih kulitnya. umurnya sekitar umur nenek. Katanya dia adalah jin Islam. Dah lama diperhatikan saya. Sejak dari saya dilahirkan lagi. Dia menggelarkan dirinya Bapak. Pada waktu itu, dia menyuruh saya mengikut bacaan sepotong ayat Quran dan kemudian dijelaskan bersama maksud serta surahnya. Saya ikut membacanya tanpa rasa sedikitpun perasaan gementar. Kemudiaan dia menyuruh saya tidur dan beredar.

Alhamdulillah, sejak dari itu, saya tidak lagi berasa gatal atau miang pada badan walaupun kesan merah campak masih ada. Seminggu kemudian, keadaan saya kembali normal.Saya adukan hal ini pada Mak Ngah.

Selepas mendengar hal tersebut, Mak Ngah hanya tersenyum. Katanya tiada yang mustahil kalau Allah nak membantu. Allah kan Maha Penyayang...

Mencari...

Sepanjang persekolahan peringkat menengah, saya mencari guru dan ilmu perubatan mistik. Niat saya hanya satu iaitu hendak membantu mereka yang sakit.

Banyak jugaklah pahit maung yang ditempuhi.Antaranya saya pernah dihalau dari guru sendiri kerana lewat hanya 5 minit ke tempat belajar. Pernah duduk di dalam sungai separas dada dari lepas isyak hingga sebelum subuh sebagai syarat amalan. Pernah diuji berzikir dalam liang kubur selepas jam 12 malam. Pernah dilempang dan disepak terajang oleh guru. Bab kena marah toksah cakap la. :D Pernah ditinggal sesat dalam Hutan Gunung Tebu selama 2 hari oleh guru. Sesat bila nak pergi menuntut. Kemalangan waktu nak pergi jumpa guru. Jumpa guru kaki nombor ekor (ni jenis tok guru loyar buruk!).Kena tindih jin masa tidur. Pengsan sewaktu latihan dan banyak lagi la..Kalau diceritakn semua pengalaman, sebulan pun tak habis kalau nak update dalam blog ni.

Ingat pada perjuangan saya dahulu, saya rela 'ikat perut' dari berbelanja semata-mata nak gunakan wang tersebut untuk tambang perjalanan ketika menuntut dan membeli sedikit buah tangan pada guru. Mana saya dengar ada guru yang hebat, tak sabar-sabar saya nak jumpa. Walaupun sepatah ayat yang diajar, itulah rezeki ilmu pada saya. Pernah saya menuntut dengan Pak Nasation di Johor selama 6 bulan bertandang ke rumahnya, hanya sepotong ayat (doa Nabi Yunus) yang diberinya. Namun, saya anggap itu sudah cukup. Guru dah bagi (walau sepotong ayat) dah kira bagus dari tak bagi langsung. Betulkan?

Saya rasa, cukup sudah perihal perjuangan untuk saya ceritakan. Cuma kalau ada pelajar saya atau pembaca blog yang ingin sedekahkan Al-Fatihah, Selawat atau doa selamat pada guru-guru saya, saya alukan dan mengucapkan jutaan syukran yang tidak terhingga. Semoga Allah membalas jasa kalian.

Senarai Guru:
- Ibu saudara dan Bapa saudaraku; Cikgu Rohani dan Cikgu Mat di Tanjong Mas, Kelantan.
- Almarhum Pak Halim di Kampung Tar Tujuh, Pasir Mas, Kelantan.
- Pakcik Halim di Kampung Batu Gajah, Kelantan
- Pak Jab di Kampung Cabang Empat, Kota Bharu, Kelantan
- Almarhum Ayah Ku di Tumpat Kelantan.
- Almarhum Tuk Cikgu Lah, di Pasir Puteh, Kelantan
- Haji Ibrahim di Bayan Lepas, Pulau Pinang
- Almarhum Kiyai Haji Supian di Tenggarong, Indonesia.
- Almarhum Tok Zali di Kuala Lipis, Pahang
- Pak Sattar di Kampung Paloh Rawa, Machang, Kelantan
- Almarhum Ustaz Amin di Bera, Pahang
- Almarhum Pak Nasation di Yong Peng, Johor
- Wak Por di Sungai Merab, Bangi, Selangor.
- Pok Su di Kampung Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu
- Ustaz Omar di Ampang, Selangor
- Ustaz Amir di Kapar, Selangor
 
Blogger Templates