Ads 468x60px

Ragam Pesakit

Ketika saya membeli makanan di Pasar Malam kemaman semalam, saya terlihat bekas pesakit (Pn. N) berjalan bersama anak-anaknya. Saya sedar yang dia juga melihat saya tapi mengelak dari bertegur sapa. Kalau boleh lari, agaknya lintang pukang dia menyorok.

Kisahnya bermula begini.....

Pn. N datang ke RIDAM kerana ingin mengubati hatinya yang terlampau rindu pada bekas suaminya.

* Pn. N ni janda

Dia juga mengesyakki yang dia turut disihir oleh bekas suaminya tersebut. Adakalanya, dia terasa nak cium-cium atau nak peluk-peluk bekas suaminya tu bila bekas suaminya ke rumah menghantar lauk buat anak-anak. Dari simptom yang dinyatakan, saya mengesyakki Pn. N dikenakan sihir pengasih.

Maka, yang memeningkan kepala saya ialah dialognya sebelum rawatan:

Saya: Nama penuh Pn. N apa?
Pn. N: Perlu ker ustaz?
Saya: Perlula...saya nak buat record ni..

*Pn. N memberikan nama penuhnya

Saya: Nama ibu?

Pn. N: La..ustaz nak buat apa nama ibu saya? Nama penuh saya kan dah cukup..

Saya: Adus...mengikut kata guru saya, adalah lebih elok pesakit di bin / binti kan kepada nama ibunya. Hubungan ibu dengan pesakit lebih rapat berbanding ayah kerana dialah yang melahirkannya. Sedikit sebanyak perkara ini membantu dalam proses rawatan dengan izin Allah...

* Setelah panjang lebar dok ceramah, barulah bagi nama ibunya..tu pun teragak-agak nak bagi..

Saya: Suami puan kejer kat mana? Nama apa?

Pn. N: Tak perlu tau la Ustaz..Kalau tak tau Ustaz tak boleh berubat ker?

Saya: La..yang payah sangat awak ni kenapa? Macam mana la nak berubat kalau dok berahsia sampai macam ni..

Pn. N: Saya takut la Ustaz nak kasi nama. Nanti ustaz beritahu dia.

Saya: Tak ada kerjanya saya nak jumpa bekas suami awak tu..Ni hah..saya nak rekod dalam borang pesakit ni..

Pn. N: tapi....

Saya: Mcm ni lah, kalau dah payah sgt, toksah berubat la....

* Setelah dikata begitu, barulah Pn. N beri nama suaminya.

Saya: Ni soalan terakhir. Puan kerja kat mana pulak?

Pn. N: Kerja kat sini-sini jer..

Saya: Yelah, company mana, sebagai apa?

Pn. N: Adalah..kerja biasa-biasa jer..

* Saya dah malas nak melayan lagi bab-bab tanya ni..Bidang pekerjaan pesakit amat perlu diketahui. Hal ini saya pelajari semasa mengambil kursus Pegawai Keselamatan & Pekerjaan (Safety Officer) di NIOSH, Bangi satu ketika dahulu. Ibn Sina amat mementingkan latarbelakang pekerjaan pesakit kerana ianya turut mempengaruhi penyakit yang dihidapi pesakit samada dari segi emosi atau fizikal.

Saya terus lanjutkan pada proses rawatan seperti biasa tapi terus-terang cakap hati saya dah 'tawar' bila mengubatinya.

Hal kesembuhan saya serahkan pada Allah..Saya hanya berdoa...

Sampai sekarang, kalau terserempak Pn. N di mana-mana, dia confirm akan menyorok.. Saya pun tak tahu sakit apa lagi yang ada kat dia tu..

pesakit...pesakit....
 
Blogger Templates