Ads 468x60px

Sambungan: "Tolong Ustaz...Saya dah tak tahu nak buat apa."

Saya mendapat panggilan dari En. Z mengatakan isterinya sekali lagi kerasukan.menurut En Z, gangguan itu mengaku jin Ros..

Jin Ros..? Kan dah dipasung dalam telur..ni jin Ros mana lak ni?

Saya mengesyakki bahawa itu bukan Jin Ros..

Pukul 9:30 pagi, en. Z dan isterinya yang kerasukan sampai ke RIDAM. Tanpa melengah masa, isterinya turun dari kereta dan berjalan terhenjot-henjot ingin masuk ke RIDAM.Dah macam ZOMBI lagaknya..

Saya memegangnya dan dudukkan dia di ruang rawatan..Diringkaskan cerita, Jin itu adalah jin sihir hasil gabungan 3 pekerja suaminya yang sakit hati. Namun, cubaan sihir gagal dilaksanakan dan isterinya menjadi mangsa.Bila ditanya ke mana Jin Ros pergi, jin itu menjawab bahawa dia sudah dikurung dalam telur dan dibuang ke sungai.

Saya lanjutkan soalan. Kata jin-jin tu, mereka semua cabut lari sewaktu kedatangan saya semalam. Yang 5 berjaya ditangkap tu tak sempat lari.

Satu persatu sesi dialog dan menarik jin keluar dari tubuh Pn Z menjadikan total gangguan jin pada sesi hari ini shj mencecah 7 ekor. Sampai lembik Pn Z bila tersedar.Bukan setakat Pn Z, saya sendiri selaku perawat sampai tiada daya lagi nak merawat. Dari semalam saya belum tidur, hinggalah sesi rawatan semula di RIDAM berakhir jam 12:15pm.Bayangkan lah betapa penatnya.Tapi dah itu tanggungjawab, saya ikhtiarkan untuk menolong semampu yang boleh.

Dari kes gangguan yang dialami oleh En. Z dan Pn. Z hari ini, suka saya rumuskan seperti berikut:

Jenis jin yang mengganggu:

- Jin sihir ditujukan pada En. Z : 7
- Jin sihir ditujukan pada Pn. Z : 1
- Jin SAKA En. Z : 1
- Jin SAKA Pn. Z : 3

Total gangguan: 12 jin!!

Penyelesaian:
- Jin yang dimasukkan dalam botol: 1
- Jin yang dipasung dalam telur: 10
- Jin yang disembelih: 1

Gangguan pada saya-

- Dalam perjalanan ke rumah pesakit: Tersesat jalan, sakit perut, pening
- Sewaktu merawat di rumah pesakit: Perut terasa ditarik-tarik, sakit lutut serta merta, tangan kanan kebas, kepala pening.
- Sewaktu pulang ke RIDAM: kepala pening, kaki kebas, tangan menggeletar.
- Sewaktu menunggu pesakit sesi Emergency: Tak dapat tidur(sedangkan tak tidur lagi dari semalam!), dada berdebar dan sakit perut.
- sewaktu merawat di RIDAM: kebas peha kanan, sakit tumit kaki dan lesu.


Dari kes yang dihadapi, semua sihir dan saka yang ditujukan pada En. Z tidak mengena padanya dan semuanya ditanggung oleh isterinya (Pn. Z). Kenapa jadi begini?

Dari perbualan yang dilalui, saya menjumpai hikmat amalan yang pernah diberitahu guru saya dahulu (Allahyarham Kiyai Hj Suffian).

Kata beliau:
"Amalan Solat Tahajjud juga boleh menghindari sihir dan gangguan.Orang yang bertahajjud dijaga Allah dan dinaikkan darjatnya di sisi Allah".

Subhanallah...rupa-rupanya inilah amalan En. Z selama ini.Walaupun berjawatan besar, dia seorang yang rendah diri, tidak menerima rasuah dan istiqamah dalam ibadahnya.Dia juga mengamalkan solat tahajjud dalam rutin malamnya.

Hal ini menginsafkan saya dan semoga ianya menjadi renungan pembaca blog sekalian.Ingatlah bahawasanya orang yang mengingati Allah, maka Allah akan mengingatinya selalu.

Semoga ianya menjadi iktibar untuk kita semua.


*Saya nak tidur dulu...Kalau tak update kisah rawatan ni nanti tak ingat.Assalamualaikum (12:42pm)
 
Blogger Templates