Ads 468x60px

Doa Mudah Bersalin..pengalaman

Alhamdulillah..
Syukur pada Allah, anak saya ke-3 (putera) selamat dilahirkan pada 7:57pagi tadi(17/09/2009) di Hospital Kemaman,Terengganu.Walaupun jangkaan awal adalah sama dengan tarikh lahir saya (20/09/2009) bersamaan dengan 1 Syawal 2009, namun Allah yang Maha Tahu sedia maklum akan Qada' & Qadar hambaNya.

Bersahur Sebelum Bersalin
Biasanya, saya dan isteri bersahur sekitar jam 5:15 pagi. Sunat kalau dilewatkan sahur.Tapi gerak hati menyuruh saya bersahur lebih awal.Isteri sudah on off sakit dibahagian perut.Maka, saya ambil alih tugasnya dengan memasak makanan sahur kami. Menu mudah jer....Nasi Goreng Ikan Sardin + Telur Mata..Resepi ni tak ada ijazahlah...Pakai campak jer..

Kami bersahur jam 3:30am.

Ke Hospital
Setelah menghantar 2 anak saya ke rumah ibu bapa, saya bergegas menghantar isteri ke Hospital. Waktu dinyatakan tersebut,'liang' bersalin baru 3cm. Normal perempuan bersalin adalah antara 8 hingga 10 cm.

Maka, isteri disuruh berehat dalam bilik menunggu sementara 'liang' bersalinnya terbuka.

Rukyah Bersalin
Saya yang menunggu diruang luar bersama group Silat Marcom menerima sms dari isteri agar segera masuk ke bilik bersalin nombor 2. Sewaktu sampai di bilik tersebut, sayu hati saya melihat isteri menahan kesakitan.Terfikir saya azabnya wanita mengandung & bersalin.Kaum lelaki kena lihat sendiri pengalaman macam ni.Baru tahu susahnya kaum Hawa nak bagi zuriat... hehehee

Maka,apa yang lakukan pada permulaannya ialah terus berniat MEMAAFKAN semua dosanya andai dia tersalah kata/bahasa pada kita.Pohon pada Allah, jangan kerana dosanya,dia azab untuk meramaikan umat Muhammad S.A.W

Keduanya, saya meletakkan tapak tangan di dahinya. Disitu saya bacakan Al-Fatihah, Selawat Syifa' dan ayat Syifa' Al-Quran. Saya juga bacakan Doa Nabi Ibrahim agar kesakitannya diganti dengan rasa sejuk yang nyaman.

Ketiganya, saya meletakkan tapak tangan diperutnya. Saya bercakap secara jelas.

'Wahai Hamba Allah dalam perut ini.Ketahuilah ini adalah Papa (ayah) kamu.Aku arahkan kamu dengan nama Allah agar kamu keluar.'

Saya ulang beberapa kali... 'Ukhruj fi bi'iznillah' (keluar dlm keizinan Allah)

Keempatnya, saya ulang sebanyak sebelas kali ayat luncur air dan ditiup pada perut isteri menghala ke bawah.

Syukur, isteri saya hanya kesakitan serius selama 7 minit dan terus bersalin dengan mudah.Saya yang berada di sisi mengusap dahinya.Saya ucapkan terima kasih kepadanya kerana sanggup bertahan dan menemani kehidupan bersama saya.

Anak lelaki saya namakan Isma Darius.Saya pangkunya dan Azan di telinga kanannya.Kemudian saya iqamah di telingan kirinya.

Syukur Ya Allah...hari ini Engkau berikan daku zuriatku dan semoga dia menjadi anak yang soleh.

Kepada para Suami, saya ijazahkan amalan ini pada kalian.Semoga ianya beguna dengan izin Allah di masa hadapan...Insyaallah.
 
Blogger Templates