Ads 468x60px

Ustaz Malikul Maut...

Sejenak saya melihat kembali diari rawatan yang saya catit sepanjang saya terlibat dengan Rawatan Islam ni, ada satu catatan yang saya tersenyum sendirian bila membacanya.Catitan tu mengimbas kembali kenangan merawat sekitar bulan Desember 2008.Ceritanya begini...

Saya didatangi seorang pakcik yang berumur sekitar 50an ke RIDAM.

Pakcik: Assalamualaikum..

Saya: Waalaikumsalam. Cari siapa?

Pakcik: Cuma nak tanya jer. Pusat Rawatan ni rumahnya Ustaz Malikul Maut ker?

*Terkejut gak dengar nama tu..
Saya: Ustaz Malikul Maut? Pakcik dengar kat mana nama tu? Pelik jer bunyi...

Pakcik: Tu bukan nama betul dia.Nama dia kalau tak silap, Ustaz Syakirin.

* (Dalam hati) Aik...tu nama saya tu.Apa kena mengena lak ngan Malikul Maut ni?
Saya: Erm...tapi kenapa pakcik panggil dia Ustaz Malikul Maut? Macam malaikat la pulak..Nak tau gak..

Pakcik: Ooo...Kawan-kawan saya yang bagi gelaran tu sebab dia pernah tolong ubatkan mak kawan saya kat Kuantan dulu..

Saya: Dah tu, apa kena ustaz tu dengan Malikul Maut tu?
*saya gelak kecil sebab dia tak tau lagi yang dia sedang bercakap dengan orang yang dia cari. .

Pakcik: Dengar ceritanya, mak dia tu ada SAKA...dah macam-macam pusat rawatan dia pergi.Tapi mak dia tu dok lagu tu jugak.Mata bukak dan tak leh bercakap.Tapi kalau bab makan, penuh seperiuk pun habis.Bau dah busuk.Kalau kita sampai kat depan umah dia pun boleh bau...

Saya: Dah tu, ustaz tu buat apa?

Pakcik: Pakcik dengar, dia 'tarik' guna botol.Tak silap dalam 5 botol gak la dia guna.Lepas tu, mak dia terus arwah.Kesian, tak sempat mengucap.

Saya: Innalillahiwainnailaihiroji'un..Kot kebetulan kot..Ambik nyawa kan kejer malaikat.Kebetulan ustaz tu 'tarik',Allah dah tetapkan habis umurnya.Kebetulan je tu..

Pakcik: Nak kata kebetulan pun susah jugak.Bukan mak kawan saya jer ustaz tu pernah berubat,ayah kawan saya kat Kerteh pun dia pernah.Yang tu Ustaz tu 'tarik' lepas Asar, lepas maghrib meninggal.Yang tu sempat mengucap..

*Lepas tu, pakcik tu macam dok fikir sesuatu..

Pakcik: Maaflah nak tanya anak oii..Anak ni siapa?

Saya: La...yang dok cerita lama-lama tu, sayalah Syakirin..
*Kata saya sambil tersenyum

Saya: Saya bukan Malikul Maut la pakcik.Hanya kebetulan je tu. Setakat ni baru 9 orang pesakit saya meninggal sebaik saja berubat dengan saya.Ada yang tak mati pun.Mati kan kuasa Allah..Bukan kuasa manusia..

Pakcik: Yelah Ustaz..Saya paham tu,tapi...

*Saya terus potong cakapnya..
Saya: Dah la tu pakcik. Erm...ada apa-apa yang saya boleh bantu?

Pakcik: Sebenarnya, saya datang ni pun sebab nak mintak tolong Ustaz buang SAKA mak saya gak ni...
*Pakcik tu pun ceritalah panjang lebar pasal mak dia..

Adus...makin lama lah gelaran Malikul Maut yang akan saya terima......

Tapi alhamdulillah, mak dia tak pulak mati lepas sakanya dibuang.Kalau tak, mau lekat lagi nama Malikul Maut tu...syukur..syukur..

Saya hanya berikhtiar.Mati atau tidak bukan kuasa saya.Itu semua kuasa Allah Robbul 'Alamin.Saya cuma doakan agar pesakit yang dirawat sembuh dengan izin Allah.

Pengalaman...pengalaman..
 
Blogger Templates