Ads 468x60px

Jiranku PELESIT tegar

Hanya seorang pesakit yang datang ke RIDAM pada sebelah malam semalam..Maka, sesi rawatan pun berakhir sekitar jam 10 malam. Sebaik sahaja pesakit pulang, saya ambil angin duduk di luar rumah. Disamping melihat pondok yang separuh siap dibina bagi kegunaan jemaah yang datang.

Selain kedatangan pesakit ke RIDAM, ada student saya dari seminar rawatan, pelajar persendirian, pelajar Silat Marcom, group PEKIDA, sahabat handai dan sanak saudara. Adakalanya, ruang menunggu tidak cukup untuk menampung tetamu yang datang. Maka sebagai inisiatifnya, saya bercadang meluaskan pusat rawatan yang sedia ada disamping membina pondok lanskap di bahagian depan kiri rumah. Dengan jumlah keseluruhan kos yang bernilai RM10 ribu, maka tidaklah mampu untuk saya realisasikan sekali gus. Saya buat sikit-sikit dahulu mengikut budget yang ada. Nilai RM10 ribu ni pun dah kira hampir jimat sebab saya sendiri yang jadi tukangnya... hehehehe..Lainlah kalau ada nak sponsor...Saya terima jer kalau itu boleh membantu..

Sebelah RIDAM ialah rumah yang tiada penghuni. Seringkali saya mendengar bunyi batuk atau ehem bila saya ambil angin diluar..Dah nama rumah kosong, biasalah kalau 'ada' yang menyinggah.. Maka saya buat tak tahu je lah..

Cuma semalam, bukan main 'gentle' lagi tamu rumah sebelah tu. Dah lama sangat kot niat nak tonjolkan diri. Maka dia tunjuklah siapa 'dia' sebenarnya...

Dalam samar bawah lampu tiang elektrik, saya lihat seorang perempuan yang kurus berpakaian baju compang camping.. Dari jauh dapat dilihat jarinya yang berkuku panjang. Hampir 5 minit di tunjukkan dirinya. Tatkala itu, anak bongsu keladi saya di dalam rumah menangis. Risau juga bila difikirkan anak di dalam rumah..

Maka apa yang saya lakukan ketika itu ialah mengambil segenggam pasir dan dilipat dalam baju. Kemudian, saya ramas silang pasir tersebut melalui lipatan baju yang dipakai sambil membaca Al-Furqan:13 sebanyak 11 kali.

Semakin kuat saya meramas, terdengar suaranya batuk menahan sakit. Seraya dia menganggat tangannya tanda dia mengalah.

"Kau dok menumpang rumah jiran aku ni kenapa?! Dah tak ada rumah lain ke?! Kalau nak sangat menumpang, kau gi lepak rumah orang jahat! Tak pun kau gi lepak rumah orang tak bayar zakat!"

Dia mengangguk berkali-kali...

"Aku nak kau berambos! Keluar dari kawasan ni!

Tak lama kemudian, dia beredar. Saya hanya memerhatikan saja. Terdengar suara isteri memanggil.........

Tersedar
Masyaallah, rupanya saya terlena di kerusi depan rumah.. Tak pasti itu mainan tidur atau pengalaman kebatinan. Apa yang saya ingat ialah ketika duduk memerhatikan pondok lanskap yang separuh siap dibina..

Saya masuk ke rumah dan solat Isyak sebelum tidur.. Wallahu'alam
 
Blogger Templates